Gempar! Anwar dapat sokongan 15 MP UMNO untuk dilantik sebagai PM, kata laporan

Gempar! Anwar dapat sokongan 15 MP UMNO untuk dilantik sebagai PM, kata laporan

 

Kira-kira 15 ahli Parlimen sekutu Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, termasuk yang berdepan pertuduhan rasuah akan menyokong Anwar Ibrahim dilantik sebagai perdana menteri sekiranya kerajaan jatuh, MalaysiaNow kini dapat mengesahkan.

Langkah terbaru itu muncul selari dengan kenyataan bekas pemimpinnya Najib Razak akan ada perkembangan besar di Istana Negara dalam “24 atau 48 jam” yang akan datang.

“Sebarang keputusan yang bakal dibuat termasuk oleh Yang di-Pertuan Agong akan menentukan masa depan negara,” kata Najib dalam ucapannya semalam.

Perkembangan terbaru itu berlaku selepas beberapa rundingan antara PH, blok pembangkang lain dan beberapa individu gagal memujuk mereka untuk menyokong Anwar.

“Kemudian, PH putuskan ia hanya dapat menjadi kerajaan dengan sokongan Zahid dan orang-orangnya,” kata seorang pemimpin kanan PKR yang mengetahui tentang rundingan-rundingan malam tadi kepada MalaysiaNow.

Semalam, parti pembangkang menolak persefahaman rentas parti yang ditawarkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menjelang usul undi percaya yang dijadualkan akan diadakan di Dewan Rakyat bulan depan bagi menentukan sokongan terhadapnya dalam kalangan ahli Parlimen.

Walaupun beberapa ahli Parlimen DAP menyuarakan dilema mereka, termasuk ramai lagi membantah secara senyap terhadap keputusan bergabung dengan “sekumpulan kleptokrat yang kami susah-payah usir dari Putrajaya,” kata sumber itu sambil menambah pemimpin PH percaya peluang itu adalah sesuatu yang tidak akan muncul lagi selepas ini.

“Orang-orang Anwar dalam PKR berdegil bahawa kleptokrat sokong kerajaan PH tidak menyalahi undang-undang.

“Akhir sekali, mereka sepakat sudah tidak ada masa lagi,” kata veteran PKR itu.

Semalam, Muhyiddin menyenaraikan tujuh perkara dalam cadangan persefahaman rentas parti bagi mengelak kerajaan dijatuhkan yang menurutnya akan menyebabkan kekosongan kuasa sehingga ia kembali diisi oleh golongan “kleptokrat” selain bakal mengganggu usaha-usaha yang dijalankan bagi memerangi pandemik Covid-19.

Istilah “kleptokrat” merujuk sekumpulan pemimpin Umno yang kini berdepan pelbagai pertuduhan rasuah yang dipimpin Najib bersama Zahid dan Anwar yang berkempen Muhyiddin digulingkan.

Antara lain, beliau berjanji untuk menyalurkan peruntukan dana sama rata kepada semua ahli Parlimen, menggubal undang-undang anti lompat parti, menghadkan penggal jawatan perdana menteri, dan memastikan perwakilan ahli Parlimen yang seimbang sama ada daripada kerajaan dan pembangkang dalam Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen.

Muhyiddin juga turut berjanji untuk melaksanakan Undi 18 bagi membolehkan mereka yang berusia 18 tahun ke atas mengundi pada pilihan raya akan datang.

Beberapa ahli Parlimen DAP yang dihubungi MalaysiaNow juga turut berkata cadangan tersebut perlu difikirkan kerana risau untuk bekerjasama dengan ahli politik yang dicemari skandal seperti Najib dan Zahid.

Sekurang-kurangnya dua ahli Parlimen DAP – Tony Pua dan Ong Kian Ming – secara terbuka mendesak parti dan PH untuk mempertimbangkan tawaran itu, menekankan sangat penting untuk kleptokrat dihalang daripada kembali berkuasa selain usaha melawan pandemik Covid-19 yang meningkat perlu ditumpukan.

Sumber: Malaysianow