Gempar! AMT Umno dedah ‘budak jahat’ mahu tarik balik sokongan kepada PM

Gempar! AMT Umno dedah ‘budak jahat’ mahu tarik balik sokongan kepada PM

 

Perdana Menteri tidak perlu takut dengan ugutan tarik sokongan berhubung isu pelantikan timbalan perdana menteri.

Ini kerana, pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik secara demokratik dan mengikut Perlembagaan.

Maka sesiapa yang mahu tarik sokongan terhadap Datuk Seri Ismail Sabri kerana isu jawatan akan dilihat sebagai ‘budak jahat’, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zakarshi.

Malah, beliau mencadangkan elok kosongkan sahaja jawatan timbalan perdana menteri itu.

”Lagi pun nak ugut dan tarik sokongan bagaimana? Usul undi percaya di Parlimen pada 6 September 2021 akan datang sudah tidak relevan. Sudah tidak perlu,” katanya yang mengulas mengenai isu ugutan tarik sokongan oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menurut beliau, melantik Mohamed Azmin sebagai timbalan perdana menteri umpama bunuh diri.

”Ikut komen netizen sejak Perikatan Nasional (PN) jadi kerajaan, imej Azmin adalah negatif baik dari segi moral dan performance,” tambah beliau.

Lagipun, Azmin juga telah menafikan ugutan untuk tarik sokongan jika tidak dilantik sebagai TPM.

Checkmate kepada tukang lobi dan yang berebut jawatan tersebut,” ujarnya.

Sumber: Malaysia Gazette