Geleng kepala lihat pemandu Wira jadi ‘escort’ tidak diundang jentera bomba

Sekiranya kita mendengar bunyi siren kecemasan di jalan raya, secara sedar kita akan memberi laluan secepat mungkin kepada ambulans atau jentera bomba yang mahu cepat tiba ke destinasi yang dituju.
Namun lain pula jadinya dalam video yang dirakam oleh petugas bomba ini. Ambulans dan jentera bomba boleh bergerak terus tanpa bantuan. Tetapi dalam video ini, pemandu Proton Wira ini secara tiba-tiba offer diri untuk jadi escort kepada jentera bomba berkenaan.
Namun tindakan berkenaan sebenarnya bukan mempercepatkan lagi perjalanan jentera bomba terbabit tetapi melambatkan lagi kerana kereta lain tidak memberikan laluan kepada kereta Wira tersebut.
Tindakan pemandu berkenaan merupakan perbuatan yang selfish kerana beliau sebenarnya mahu ambil kesempatan dengan duduk di hadapan jentera bomba terbabit. Rata-rata netizen turut mengecam perbuatan tidak patut pemandu Proton Wira berkenaan.
@wawan0405 Tolong beri kerjasama sekiranya mendengar siren kecemasaan dan jangan contohi seperti pemandu yang berada di dalam video ini❤️ TERIMA KASIH 👩🚒🔥
Semoga video ini dijadikan iktibar buat kita semua. Jangan jadi seperti pemandu Wira ini. Sebaliknya, jadi pengguna yang baik dengan memberi laluan kepada ambulans dan bomba sekiranya anda mendengar siren kecemasan. – TV