Gelagat lelaki throwback status lama di Facebook bikin netizen terhibur

Gelagat lelaki throwback status lama di Facebook bikin netizen terhibur

 

Tidak dinafikan, bagi para remaja tahun awal 2000 pasti mempunyai banyak kenangan status lama di Facebook bukan?

Jika dulu kita tidak merasakan status-status itu cringe, namun dengan adanya memori lama yang kembali keluar di notifikasi Facebook setelah beberapa tahun kemudian telah membuatkan ramai tidak dapat menerima kenyataan mengapa diri sendiri menulis status sebegitu.

Tidak terkecuali dengan seorang lelaki ini apabila dia bertindak ‘membahan’ dirinya sendiri semasa throwback status lama di Facebook telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

@namie_smy

Nak buat macam mana, nasi dah menjadi kubur 😢

♬ original sound – ɴᴀᴍɪᴇ – ɴᴀᴍɪᴇ

Tak tahan tengok status lama-lama, gelakkan diri sendiri

Menerusi video yang dimuat naik oleh @namie_smy, kelihatan dia sedang merakam video throwback status lamanya di Facebook yang kebetulan keluar semula di notifikasi memori.

Apa yang menghiburkan adalah apabila dia tidak dapat menahan gelaknya selepas membaca satu per satu status berkenaan yang kedengaran sangat cringe.

Lebih melucukan lagi, dia sempat membahan dirinya sendiri kerana bertindak menulis status yang seolah-olah memalukan diri sendiri apabila dibaca semula.

“Aku pun malas nak tengok apa yang aku tulis dulu, rasa aib betul. Hahaha kalau FB naik memory dari 10 tahun lepas memang aku delete” – Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 1.7M views, 216.2K likes dan 4.3K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut berdekah melihat status-status dulu lelaki itu.

Malah, ramai yang dapat relate dengannya kerana pernah menulis status lebih kurang sama 10 tahun lepas.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tapi betul, kenapa dulu kita suka tulis status yang entah apa-apa ya? Adoi, malu! 😀