Gara-gara tidak memakai pelitup muka, kanak-kanak berusia satu tahun ‘dikompaun’ RM100

Gara-gara tidak memakai pelitup muka, kanak-kanak berusia satu tahun ‘dikompaun’ RM100

Terbaharu, tular sebuah kes yang dikatakan berlaku di sebuah kondominum di Ampang, Selangor dimana pihak pengurusan telah mengkompaun terhadap seorang kanak-kanak berusia satu tahun di dalam lif gara-gara tidak memakai pelitup muka.

153823579_10161902973109572_6164783693127709977_n

SUMBER: FACEBOOK AYU MITSUGI

Lebih menghairankan orang ramai serta para netizen, kompaun yang dikenakan bukanlah RM1,000 seperti mana yang termaktub dalam undang-undang, sebaliknya pihak pengurusan ini mengenakan kompaun RM100 kepada individu yang sepatutnya tidak perlu perlu memakai pelitup muka.

Seperti yang orang ramai sedia maklum, pihak KKM sebelum ini telah memaklumkan di mana kanak-kanak berusia 2 tahun dan ke bawah tidak perlu memakai pelitup muka. Keputusan yang dibuat pihak pengurusan nyata berbeza dengan hebahan yang dibuat oleh pihak KKM.

 

Menerusi isu yang berlaku, penjaga mangsa turut memuat naik mesej beliau bersama pihak pengurusan kondominium, walau bagaimanapun jawapan yang diberikan pihak pengurusan dilihat berbeza dengan keputusan yang dibuat pihak KKM.

 

SUMBER: FACEBOOK AYU MITSUGI

SUMBER: FACEBOOK AYU MITSUGI

 

Rata-rata netizen nampaknya turut tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat pihak pengurusan kondominum berkenaan yang memilih untuk menjalankan kompaun sebanyak RM100 kepada kanak-kanak berusia RM100. Berikut antara komen daripada netizen mengenai isu yang sedang berlaku.

 

Pada pendapat anda, wajarkah kanak-kanak berusia satu tahun dikenakan kompaun berikutan COVID-19 tidak mengenal umur atau sebaliknya. – TV