Gara-gara salah faham nombor giliran, pegawai MBSA tengking pelanggan

Gara-gara salah faham nombor giliran, pegawai MBSA tengking pelanggan

 

Baru-baru ini tular satu video di mana seorang pegawai MBSA dilihat menengking pelanggan yang ingin berurusan di kaunter. Video tersebut turut menerima kecaman dari ramai apabila kakitangan tersebut meninggikan suara pada pelanggan itu.

Keadaan juga turut menjadi tegang apabila kakitangan tersebut siap keluar dari kaunter dan bersemuka dengan pelanggan tersebut. Mereka kemudiannya ditenangkan oleh kakitangan lain yang berada di situ bagi menjernihkan keadaan.

@utusantvofficial

Kejadian di Kota Kemuning. #TrendingNewsMalaysia #fyp #beritaditiktok

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Difahamkan situasi tegang itu berlaku gara-gara salah faham yang melibatkan nombor giliran sehingga mencetuskan pergaduhan itu. Susulan daripada kejadian yang tular ini, pihak MBSA telah tampil memberikan permohonan maaf mereka.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Kota Kemuning pada 26 April yang lalu di mana pelanggan tersebut ingin memperbaharui lesen perniagaannya. Isu tersebut akhirnya berjaya diselesaikan apabila pelanggan itu mengambil nombor giliran dan menyelesaikan urusan di kaunter.

mbsa

“MBSA berharap penjelasan ini dapat memberi gambaran sebenar terhadap isu video yang ditularkan di media sosial. MBSA sentiasa mengalu-alukan sebarang pendapat dan cadangan daripada semua pihak demi meningkatkan lagi mutu dan kualiti perkhidmatan kami.”

Dalam masa yang sama, kebanyakan netizen berpendapat isu itu seharusnya diatasi dengan tenang oleh kakitangan itu sendiri. Malah ada yang menganggap tidak wajar untuk kakitangan tersebut meninggikan suara pada pelanggan sehingga begitu sekali.

“Staff gov kena belajar handle customer yang difficult. Kalau cust betul-betul melampau panggil guard, bukannya kita sesama lawan dengan cust.”

pegawai

“Belum minum pukul 10 lah tu.”

pelanggan

“Kebanyakan staff naik angin bila ada customer yang jenis suka provoke lebih-lebih.”

komen

“Staff government lemah. Akibat ambik pekerja pakai kabel.”

tik tok