Gara-gara putus cinta, pelajar kolej maut selepas terjun dari tingkat 6

Gara-gara putus cinta, pelajar kolej maut selepas terjun dari tingkat 6

 

Seorang pelajar kolej meninggal dunia selepas bertindak terjun dari tingkat 6 gara-gara putus cinta bersama kekasih dalam sebuah kejadian di Blok F Pangsapuri Seri Nilam, Jalan Wawasan Bandar Baru Ampang, kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, mangsa merupakan penghuni di pangsapuri berkenaan dan tinggal bersama Ibu dan tiga beradik yang lain di tingkat tiga.

Katanya, mangsa yang berusia 20 tahun merupakan pelajar kolej dan insiden berpunca daripada masalah dalam hubungan cinta bersama kekasih.

“Mangsa disyaki telah naik ke tingkat 6 pangsapuri yang sama lalu terjun ke bawah melalui balkoni,” katanya.

Tambah Mohamad Farouk, mangsa dijumpai dalam keadaan terlantar yang lengkap berpakaian di tubuh badannya dan mengalami cedera parah di bahagian kepala, kaki dan tangan.

“Bagaimanapun, mangsa mengalami kecederaan parah iaitu pecah di bahagian kepala, manakala kaki dan tangannya patah. Susulan itu, mayat mangsa telah dibawa ke Forensik Hospital Ampang bagi tujuan bedah siasat,” jelasnya.

Bukan itu sahaja, kes akan disiasat di bawah laporan mati mengejut (SDR).