Gara-gara motosikal menyelit di laluan ‘SmartTag’, kereta terlanggar palang tol

Gara-gara motosikal menyelit di laluan ‘SmartTag’, kereta terlanggar palang tol

Laluan SmartTag dibuka bagi memudahkan dan menjimatkan masa setiap kali kenderaan melalui kawasan tol. Akan tetapi, pasti ada saja pengguna jalan raya tidak bertanggungjawab yang menyebabkan ‘kesesakan’ pada laluan tersebut.

Satu rakaman video dashcam tular di Twitter menunjukkan sebuah motosikal tiba-tiba mencelah di laluan SmartTag mengekori Toyota Estima.

Perbuatan tersebut menyebabkan kereta dibelakangnya telah melanggar palang tol yang sedang tutup kerana sensor palang tol telah mengesan objek (motosikal) melepasi tol tersebut.

Rata-rata ramai netizen tidak berpuas hati dengan tindakan penunggang motosikal tersebut dan berkongsi pengalaman yang pernah terjadi pada diri mereka sendiri.

vocket-motosikal-lalu-laluan-smarttag-7

SUMBER GAMBAR: TWITTER

vocket-motosikal-lalu-laluan-smarttag-5

SUMBER GAMBAR: TWITTER

vocket-motosikal-lalu-laluan-smarttag-6

vocket-motosikal-lalu-laluan-smarttag-8

SUMBER GAMBAR: TWITTER

vocket-motosikal-lalu-laluan-smarttag-2

SUMBER GAMBAR: TWITTER

Netizen meminta penunggang motosikal untuk menggunakan laluan yang telah disediakan khas untuk mereka kerana ianya percuma dan dapat mengelak dari kejadian yang tidak diingini. – TV