Gara-gara makan dalam kedai tanpa izin, rider Foodpanda dimaki dan dihalau pemilik premis

Gara-gara makan dalam kedai tanpa izin, rider Foodpanda dimaki dan dihalau pemilik premis

Di musim pandemik ini dapat dilihat pelbagai cara yang digunakan orang ramai dalam mencari rezeki. Salah satunya adalah dengan menjadi rider penghantar makanan, barangan dan sebagainya. Tugas mereka yang penuh dengan cabaran terkadang membuatkan mereka terpaksa mencuri masa untuk berehat atau makan sebentar.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila seorang rider Foodpanda ini dikatakan telah memakan dalam sebuah kedai tanpa izin pemilik kedai. Insiden tersebut telah membuatkan pemilik kedai berang dan menghalau rider Foodpanda berkenaan. Anda boleh tonton video di bawah yang dikongsikan oleh pengguna Facebook Charlie Path dalam Facebook Group Foodpanda Rider Malaysia.

Yerr mmg salah rider tu tpi x perlu rasanya nk maki hamun mcm tu 😢. Bleh ja tegur elok2 lepas rider tu abis makan. Makan sat ja hmm.Cc: Penang Kini

Posted by Charlie Path on Tuesday, June 8, 2021

Dapat dilihat pemilik kedai berkenaan dengan keras menghalau serta memaki rider Foodpanda berkenaan atas kesalahan yang dibuat. “You ingat ini bapak you punya tempat” dan “You memang bodoh” antara kata-kata yang dilemparkan kepada rider Foodpanda berkenaan.

Menerusi video yang kini sedang tular, para netizen nampaknya hadir dengan pelbagai respon mengenai isu berkenaan. Terdapat netizen yang bersimpati dengan nasib rider yang beranggapan pemilik kedai harus bertimbang rasa dan bercakap dengan nada yang elok meskipun rider berkenaan membuat kesalahan.

Screen Shot 2021-06-11 at 11.17.27 AM

FACEBOOK: FOODPANDA RIDER MALAYSIA

Screen Shot 2021-06-11 at 11.37.22 AM

SUMBER: FACEBOOK CHARLIE PATH

Selain itu, terdapat juga netizen yang bersetuju dengan pemilik kedai berkenaan kerana sekiranya dibiarkan pemilik kedai berisiko untuk dikenakan kompaun. Setakat artikel ditulis, video berdurasi 1 minit 41 saat ini sudah menerima hampir 500 komen dan lebih 250 perkongsian semula di laman Facebook.

Sumber: TV