Gara-gara isu tunggakan gaji pemain, FB Pengerusi Perak FC ‘diserang’ peminat bolasepak

Gara-gara isu tunggakan gaji pemain, FB Pengerusi Perak FC ‘diserang’ peminat bolasepak

 

PERAK FC BERHUTANG LEBIH 6 JUTA ? PEMAIN IMPORT TERTEKAN, KEM PERAK FC BERGOLAK

Khabar angin yang melanda kem Perak FC sebelum perlawanan Liga Super menentang Penang FC kelmarin berkenaan kegagalan CEO Perak FC melunaskan gaji pemain & pegawai pasukan tertunggak lebih dari 3 bulan kini dikatakan semakin meruncing.

Melihat pada keadaan pemain yang tertekan dengan permasalahan ini, sehingga ada yang sudah mula berbicara secara terang di laman media jelas menimbulkan rasa kurang senang penyokong setia pasukan bolasepak Perak. Menurut salah seorang kenalan pemain, ada pemain yang bergerak ke Stadium Bandaraya Pulau Pinang dengan beban tunggakan pembayaran ansuran rumah di bank & ini secara tidak langsung sebenarnya menganggu konsentrasi pemain tersebut.

Lewat petang tadi terdengar pula ura2 yang mengatakan kemungkinan Perak FC akan membenarkan jika ada pemain yang mahu berpindah ke pasukan lain termasuk la pemain tersebut adalah dari kesebelasan utama jika itu adalah jalan yang terbaik dari isu ini menjadi lebih besar dan parah.

Di Perak, jika sebarang masalah yang membabitkan pasukan bolasepak negeri ini, lazimnya pasti akan dikaitkan dengan individu yang menjawat jawatan selaku Menteri Besar Perak walaupun individu tersebut tidak memegang apa2 jawatan dalam PAFA atau Perak FC. Penyokong pastinya akan mencari yang tertinggi dalam negeri untuk membantu menyelamatkan pasukan kesayangan mereka itu.

Bagaimana pun ini hanyalah khabar angin yang belum pasti kesahihannya, namun jika terbukti benar, Perak FC haruslah bertanggungjawab dalam menyelesaikan kemelut ini dari berpanjangan, mengikut rekod di era 90 an, seorang pemain import pasukan Terengganu yang berasal dari Uzbekistan ditemui mati dipercayai kerana membunuh diri ekoran PBSNT ketika itu gagal melunaskan tunggakan gaji pemain tersebut.

 

           

           

           

           

           

Tahukah Kome, Antara kesilapan dan kesalahan pengurusan baru sejak mengambil alih Perak FC :

1 – Memecat Mehmet Durakovic ketika liga akan bermula 2 minggu lagi. Dengan alasan Mehmet Durakovic ada masalah keluarga.

2- Melantik Chong Yee Fat selaku Juruletih pasukan Perak FC

3- Masalah Logo Perak FC

4- Kaki Jersi. Kebanyakkan penyokong masih belum dapat lagi jersi player issue yang sudahpon di order lebih dari sebulan. Namun secara tiba tiba Kaki Jersi menjual Jersi Fans Issue secara ready stock.

5-Masalah Tunggakan Gaji. Ku ingatkan dua tapi 3 bulan.

Sumber: Silver Retro, Perak Power