Gara-gara gurauan rakan, wanita tak jadi kahwin

Gara-gara gurauan rakan, wanita tak jadi kahwin

 

Kisah mengenai seorang gadis yang membatalkan perkahwinan akibat gurauan seorang rakan tular di media sosial Indonesia, lapor laman berita Suara.com.

Video menceritakan kisah wanita bernama Ani itu dimuat naik dalam akaun X @sosmedkeras.

Dua hari sebelum berkahwin, Ani mengalami masalah ‘overthinking’ dan kemurungan teruk sehingga menjejaskan mentalnya disebabkan gurauan rakannya.

Ketika dia pulang ke rumah bersama bakal suaminya, mereka bertemu dengan seorang rakan.

Rakan Ani membuat gurauan bahawa bakal suaminya pernah dilihat menaiki motosikal bersama wanita lain. Rupa-rupanya gurauan itu membuatkan Ani ‘overthinking’ dan membatalkan perkahwinannya.

Gadis dari Kudus, Jawa Tengah itu dikatakan mengalami kemurungan teruk dan hilang kewarasan. Dia kini dalam keadaan daif dan dijaga oleh keluarganya.

Video itu menarik perhatian netizen di ruangan komen.

“Belajarlah untuk menjaga kata-kata anda, kita tidak tahu sejauh mana pengaruh kata-kata kita terhadap kehidupan orang lain,” komen seorang netizen.