Gangguan rangkaian Celcom bermula malam ini

Gangguan rangkaian Celcom bermula malam ini

 

Rangkaian perkhidmatan syarikat telekomunikasi Celcom akan mengalami gangguan bermula pukul 12 tengah malam ini sehingga pukul 6 pagi esok.

Celcom dalam kenyataan di laman sesawangnya memaklumkan, gangguan tersebut melibatkan panggilan suara dan data susulan kerja penyelenggaraan.

“Kerja-kerja penyelenggaraan secara berjadual akan berjalan bermula pada pukul 12 tengah malam ini dan dijangka selesai pada pukul 6 pagi esok.

“Sebahagian kawasan di seluruh Malaysia mungkin mengalami gangguan rangkaian sepanjang tempoh penyelenggaraan, terutamanya servis melibatkan panggilan suara dan data,” katanya di sini hari ini.

Tambah Celcom, bagi pengguna di negeri Sabah dan Sarawak, servis perkhidmatan suara 4G dan data mungkin terkesan dari pukul 12.10 tengah malam ini sehingga pukul 4 pagi esok.

“Sekiranya anda mengalami gangguan pada waktu tersebut, sila aktifkan fungsi ‘Flight Mode‘ dan kemudian mematikannya semula supaya dapat membantu pengemaskinian rangkaian pada peranti anda.-

Sumber: Kosmo