Gangguan perkhidmatan Unifi dan Streamyx akibat kabel putus

Gangguan perkhidmatan Unifi dan Streamyx akibat kabel putus

Telekom Malaysia (TM) mengesahkan berlaku gangguan jaringan Internet susulan insiden kabel putus yang memberi kesan kepada pelanggan Unifi (mobile dan fiber) dan Streamyx di beberapa kawasan.

Menerusi satu kiriman di akaun rasmi Facebook, TM Unifi menyatakan bahawa pelanggan terjejas merangkumi di sekitar Pantai Remis, Setiawan, Tanjung Malim dan Tapah, Perak.

“Lebih daripada satu kabel utama rosak. Pasukan teknikal kami sudah berada di lokasi kejadian dan sedang berusaha membaiki kerosakan kabel secepat mungkin.

“Punca kabel putus ini dipercayai akibat daripada perbuatan vandalisme pihak tidak bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Menurutnya, kerja baik pulih kabel akan mengambil sedikit masa disebabkan oleh kerumitan aktiviti penyambungan.

Katanya, perkhidmatan akan pulih sepenuhnya selepas kerja baik pulih berkenaan selesai dan sebarang perkembangan serta maklumat akan dimaklumkan oleh TM.

“Kami mengucapkan terima kasih atas kesabaran dan keprihatinan pengguna, kami sedang berusaha sebaik mungkin,” katanya. -HM