Ganggu line internet dan radio, rupanya ini kesan ‘bahaya’ ribut solar kepada bumi

Ganggu line internet dan radio, rupanya ini kesan ‘bahaya’ ribut solar kepada bumi

 

Ribut solar merupakan suatu fenomena alam yang berlaku di angkasa raya. Tetapi mungkin tidak ramai yang dapat memahami dengan selanjutnya mengenai ribut solar ini.

Jadi, berikutan lapora media baru-baru ini mengenai ‘kehadiran’ ribut solat ke Bumi, mungkin ada antara anda yang sedikit-sebanyak berasa gerun tentangnya, bukan?

Bagi anda yang baru sahaja mendengar mengenai ribut solar ini, sudah tentu anda tertanya-tanya apakah sebenarnya ribut solar, bagaimana fenomena ini boleh terjadi dan apakah kesannya ke atas Bumi.

Bagi merungkai segala persoalan tersebut, Youtube Proton Supernau 2 Centre ada berkongsikan info-info bagaimana boleh tercetusnya ribut solar.

Menerusi perkongsian video tersebut, fenomena yang terbentuk ini dipercayai boleh menghasilkan ribut geomagnetik ke atas bumi. Berikut di bawah adalah penerangannya.

1. Proses penyatuan ‘reconnection’

Pada awal pembentukan ribut solar ini, satu proses akan terbentuk dan proses itu dikenali sebagai ‘reconnection’. Proses ini melibatkan garis-garis medan magnet dalam bentuk plasma yang dikeluarkan daripada beberapa titik matahari (sunspot).

2. Proses Lentingan Jisim Korona / Coronal mass ejection (CME)

Apabila titik-titik itu dikeluarkan oleh titik matahari itu mula bercantum ia akan ditukarkan tenaganya untuk membentuk plasma kinetik dan tenaga terma. Proses yang dilalui pada ketika ini adalah Lentingan Jasad Korona atau dikenali sebagai CME.

Dalam masa yang sama CME ini akan membawa bersama plasma, serta partikel bercas tinggi dan medan magnetik (IMF).

Seperti yang kita ketahui bumi mempunyai medan magnetiknya tersendiri. Oleh itu, apabila partikel CME itu bertemu dengan medan magnetik bumi, ia akan memberikan interaksi.

3. Fenomena ini mengakibatkan ribut geomagnetik di bumi

Lebih banyak medan magnetik dari arah selatan (Bz negative) maka lebih besarlah interaksi dengan medan magnetik bumi yang akan terhasil, dan proses itu dinamakan Ribut Geomagnetik di bumi.

4. Interaksi dengan gas nitrogen (N2) mengakibatkan cahaya kehijauan

Seterusnya, semua interaksi itu akan tertumpu di kawasan kutub bumi iaitu di kawasan di mana terdapatnya ‘lubang’ magnetik bumi.

Daripada situlah satu interaksi dengan gas nitrogen akan berlaku dan mengakibatkan pancaran warna hijau terhasil. Cahaya hijau itu akan terpancar ke bahagian langit yang dikenali umum iaitu Aurora.

Semakin besar ribut geomagnetik yang terhasil maka lebih besarlah Aurora yang akan terbentuk.

Menurut Metro UK, Aurora adalah satu fenomena alam yang berlaku akibat ledakan api kecil matahari sehingga ia sampai ke bumi.

Kesan ribut solar

Menurut Wonderpolis, fenomena ini dikatakan dapat memberi kesan kepada bumi. Kesan utamanya adalah ke atas kepelbagaian peranti elektronik bumi. Antara kesannya adalah seperti berikut:

1. Mengganggu sistem komunikasi radio.

2. Mengakibatkan kegagalan elektrik pada sistem satelit.

3. Induksi terhadap tanah.

4. Gangguan perkhidmatan internet dan TV satelit.