Gambar Zulaiha, Rizal Ayob, Thaari bersama Razman timbul tanda tanya

Gambar Zulaiha, Rizal Ayob, Thaari bersama Razman timbul tanda tanya

Individu bernama Rizal yang tertera dalam satu tangkap layar mengherdik Ketua Angkatan Wanita (AWAN) Negeri Perak, Zuhairah Ghazali mengundang kemarahan banyak pihak apabila dikaitkan dengan kes pemalsuan dokumen untuk mendaftar cawangan parti itu di Teluk Intan khususnya di kalangan ahli parti Amanah.

Dalam semakan dengan sumber yang barada dalam Amanah Teluk Intan, Rizal atau nama penuhnya Mohd Rizal Ayob tidak asing lagi di kalangan mereka.

Sumber mendedahkan Rizal bukan sahaja dikenali sebagai ahli parti tetapi dia juga merupakan orang yang telah merosakkan nama parti.

Tuduhan itu merujuk kepada kes penipuan projek perumahan yang didedahkan media selepas kesemua yang terlibat ditangkap sekitar tahun 2017 yang lalu.

Dalam pada itu, satu sumber lain mendedahkan Rizal juga mempunyai hubungan baik dengan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria.

Merujuk kepada beberapa gambar yang dikirimkan, terdapat sekeping gambar yang menunjukkan Rizal dan Zulaiha bergambar bersama Razman dalam satu pertemuan. Turut kelihatan adalah Ahmad Thaari Abdul Rahim dan anak kepada Razman.

Rizal Ayob (tiga dari kiri), Ahmad Thaari (empat dari kanan) dan Razman (empat dari kiri) dalam satu pertemuan. Turut kelihatan anak Razman (dua dari kiri)

Walau bagaimanpun sumber tidak memperincikan tujuan pertemuan itu diadakan. Berdasarkan daripada beberapa gambar lain, ia seolah-olah satu persefahaman berkait perniagaan dan berlangsung semasa Pakatan Harapan memerintah.

Namun sumber juga tidak memaklumkan peranan Razman dalam pertemuan tersebut.

Berkaitan perkara sama, nama Jamelah Azam juga tertera dalam kepingan gambar yang dikirim menunjukkan gambar diambil oleh Jamelah Mohd Azam yang juga merupakan Ketua Angkatan Wanita (AWAN) Amanah Teluk Intan.

Sumber mendedahkan Rizal juga menggunakan kedudukannya sebagai rakan baik kepada Presiden Amanah, Tuan Hj Mohd Sabu untuk mempengaruhi ahli-ahli Amanah di Teluk Intan agar mengikut telunjuknya dalam pergerakan parti.

“Saya tidak menolak beliau seorang yang opportunis dan mempunyai kepentingan tertentu menimbulkan isu dengan menaja cawangan palsu di Teluk Intan”, kata sumber.

“Apa yang saya bimbang adalah nama baik Presiden akan turut terjejas apabila kes ini timbul kerana bukan lagi rahsia bahawa Presiden mempunyai hubungan rapat dengan Rizal” tambahnya lagi.