Gambar tular suami isteri bawa anak ‘bertiub’ ke hospital dapat perhatian PMX

Gambar tular suami isteri bawa anak ‘bertiub’ ke hospital dapat perhatian PMX

 

Satu gambar tular baru-baru ini yang merakamkan sepasang suami isteri yang menaiki motosikal dengan membawa seorang anak yang masih kecil menggunakan bantuan mesin oksigen.

Gambar berkenaan membuatkan netizen sebak dan ramai yang ingin menghulurkan bantuan.

Gambar tular berkenaan juga telah menarik perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menerusi hantaran Facebook milik Setiausaha Politik beliau, Farhan Fauzi meminta orang ramai yang mengetahui maklumat lanjut mengenai keluarga berkenaan supaya menghubungi beliau.

“Mohon sesiapa yang mempunyai info dan maklumat tentang keluarga ini untuk salurkan kepada saya di ruangan komen di bawah agar kami dapat menghubungi mereka.

“Hal ini telah mendapat perhatian YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan insya-Allah pihak kami akan membantu keluarga ini dalam menambahbaik kehidupan seharian mereka,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, ramai yang memberikan maklumat mengenai pasangan berkenaan.

Dalam pada itu juga, ada individu yang ingin menghadiahkan pasangan tersebut sebuah kereta untuk keselesaan mereka sekeluarga.