Gambar Anna Jobling pakai bikini tersebar, artis bertudung turut jadi mangsa sunting foto b0gel

Gambar Anna Jobling pakai bikini tersebar, artis bertudung turut jadi mangsa sunting foto b0gel

Teknologi kecerdasan buatan atau lebih dikenali sebagai artificial intelligence (AI) adalah sebuah revolusi baharu yang bukan hanya memberi manfaat kepada reka bentuk kreatif tetapi meliputi semua aspek termasuk bidang pendidikan dan pembuatan.

Keupayaan dan kemampuannya juga membantu memudahkan banyak urusan manusia namun terdapat segelintir pihak menyalahgunakan teknologi demi kepuasan diri.

Lebih malang, ada juga yang tergamak menggunakan selebriti sebagai bahan uji kaji dengan menyunting foto mereka dalam keadaan mengaibkan.

AI 1

Menurut mStar menerusi platform Tumgik, gambar-gambar selebriti tempatan disunting secara melampau sehingga mengaibkan terutamanya dalam kalangan artis wanita.

Antara selebriti wanita yang menjadi mangsa suntingan termasuklah Uqasha Senrose, Puteri Aisyah, Sophia Albarakbah termasuk beberapa pelakon bertudung seperti Mira Filzah, Hanna Delisha dan Iman Troye.

Lebih menjijikkan pihak tidak bertanggungjawab ini tergamak menyunting wajah artis bertudung dalam keadaan berbogel dengan menampal badan yang memperlihatkan buah dada.

Meskipun jelas ia adalah suntingan namun masih terdapat segelintir pihak mempercayai foto dipaparkan adalah milik sebenar artis-artis berkenaan.

Malah sejak semalam kecoh di laman sosial Tiktok gambar pelakon Anna Jobling dalam keadaan tidak senonoh disebarkan di aplikasi itu.

Menerusi gambar berkenaan memperlihatkan wajah pelakon itu disuntung hanya memakai bikini yang menutup bahagian kemaluannya sehingga menimbulkan pertanyaan dalam kalangan peminat.

Meskipun jelas ia hasil teknologi AI namun terdapat segelintir yang terpengaruh dengan foto palsu itu dan mengecam Anna.