Gagal tunjuk bukti dua dos vaksin

Gagal tunjuk bukti dua dos vaksin

 

Polis mengeluarkan kompaun RM1,500 terhadap individu yang gagal menunjukkan sijil digital vaksinasi lengkap ketika hendak merentas daerah di negeri ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, individu berkenaan dikenakan kompaun kerana tidak dapat membuktikan beliau lengkap dua dos bagi membolehkannya merentas daerah.

“Individu itu juga tidak membawa telefon bersama bagi menunjukkan bukti lengkap dua dos,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, RM1,500 turut dikeluarkan kepada seorang individu yang makan di kedai makan tanpa lengka dua dos vaksin.

Mior Faridalathrash berkata, 14 kompaun membabitkan RM21,000 dikeluarkan bagi mereka yang merentas daerah tanpa kebenaran mulai 10 Ogos lalu.

Menurutnya, 78,703 permit daripada 80,473 permohonan diluluskan, 5 Julai sehingga 19 Ogos lalu.

“Sebanyak 1,995 jumlah kompaun dikeluarkan mulai 5 Julai hingga 19 Ogos lalu,” katanya.

Sumber: Harian Metro