Gaduh di gelanggang futsal, 12 individu termasuk Youtuber ditahan polis

Gaduh di gelanggang futsal, 12 individu termasuk Youtuber ditahan polis

Berikutan kes pergaduhan di gelanggang futsal di Taman Perindustrian Subang pada Jumaat lalu, pihak polis telah menahan seramai 12 individu termasuk seorang personaliti YouTube awal pagi tadi.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, semua individu itu ditahan dalam dua serbuan di sekitar Lembah Klang.

“Polis akan memohon perintah reman esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, pergaduhan tersebut berlaku ketika sedang berlangsung satu perlawanan persahabatan futsal yang membabitkan dua pasukan.

Difahamkan, perselisihan faham bermula apabila seorang remaja berusia 19 tahun melakukan terjahan keras terhadap seorang lelaki berusia 22 tahun.

Ketika berlaku pergelutan antara dua individu berkenaan, seorang lelaki berusia 29 tahun daripada satu pasukan cuba meleraikan pergaduhan.

Tweet rakan mangsa yang dipukul

Bagaimanapun, lelaki yang cuba meleraikan pergaduhan itu dipukul kira-kira 10 individu sehingga mengalami kecederaan pada bahagian muka.

Selain itu, pelakon Aedy Ashraf turut berkongsi beberapa posting mengenai kejadian terbabit yang bengang apabila salah seorang pasukannya menjadi ‘mangsa amukan’ pasukan lain.

Mana yang lain?

Sumber: OMM, Harian Metro (Hafidzul Hilmi Mohd Noor) , Twitter @bakhhhhhhhh & @aedyxashraf