Gadis terjebak masuk dunia ‘Dark Side’ di Twitter sejak usia 13 tahun, sudah ‘main’ lebih 100 kali dgn pakwe berbeza

Gadis terjebak masuk dunia ‘Dark Side’ di Twitter sejak usia 13 tahun, sudah ‘main’ lebih 100 kali dgn pakwe berbeza

 

Pernahkah anda mendengar mengenai topik Bangsa DS Twitter?

Jika belum, inilah masa paling tepat untuk golongan ibu bapa mengambil tahu dengan lebih serius agar sahsiah anak-anak terhindar daripada perbuatan sosial tidak bermoral.

Penjelasan lebih lanjut sempat didedahkan oleh Cikgu Fadli Salleh semalam.

Kenal 1 jam di Twitter, terus ajak check-in hotel…Esoknya ulang dengan orang lain pula

DS yang bermaksud Dark Side (sisi gelap) merupakan satu komuniti di Twitter terdiri daripada belia muda menjalankan ‘perniagaan’ dengan cara memperdagang maruah diri mereka tanpa memikirkan tentang kesan buruknya.

Ini termasuklah penjualan gambar 18SX dan juga servis hubungan badan secara suka sama suka dengan individu berlainan.

Gadis Terjebak Masuk Dunia DS Twitter Sejak Usia 13 Tahun, Raih RM5000 Sebulan 2

Banyak simpan stok pil cegah mengandung…Pernah terhamil 2 bulan, terus makan pil gugur

Rentetan perkongsian mengejutkan itu, seorang lagi pengguna FB bernama Iqbal Hakim telah mendedahkan kisah lain.

Mendengar sendiri pengalaman tentang dunia DS daripada gadis bergelar Syasya, difahamkan gadis terbabit terjebak dengan kerja itu sejak berusia 13 tahun lagi.

Sudah lebih 100 kali berhubungan dengan lelaki berbeza, dia mampu mendapat sekitar RM5000 sebulan hanya dengan melayan sugar daddy.

Gadis Terjebak Masuk Dunia DS Twitter Sejak Usia 13 Tahun, Raih RM5000 Sebulan 4

Dulu SPM dapat 4A 4B, mereka bebel yang B je, yang A tak hargai…Ibu ayah sibuk kerja

Walaupun apa yang dibuat oleh Syasya jelas-jelas salah, namun peranan ibu bapanya turut menjadi pertikaian khususnya sepanjang fasa menjadi dewasa.

Tidak menghargai usaha serta kesibukan bekerja akhirnya mendorong si anak menghabiskan banyak masa dengan kawan-kawan.

Kegiatan 18SX itu pula kekal menjadi rahsia kerana Syasya sering pulang ke rumah dengan imej menutup aurat.

Gadis Terjebak Masuk Dunia DS Twitter Sejak Usia 13 Tahun, Raih RM5000 Sebulan 6

Gadis Terjebak Masuk Dunia DS Twitter Sejak Usia 13 Tahun, Raih RM5000 Sebulan 7