Gadis nekad tanggal cincin tunang, dicop tak beradab pakai baju kerja waktu berbuka puasa dengan bakal mentua

Gadis nekad tanggal cincin tunang, dicop tak beradab pakai baju kerja waktu berbuka puasa dengan bakal mentua

 

Perkahwinan bukan semata-mata bernikah dengan pasangan sahaja, malahan keluarganya turut kita ‘nikahi’ bersama.

Dalam erti kata lain, baik buruk keluarga mentua di hari mendatang haruslah dihadapi dengan hati terbuka.

Namun jika muncul redflag sebelum berkahwin, mungkin masih ada lagi masa untuk membuat pertimbangan lanjut.

Dalam kisah yang tular di aplikasi X beberapa hari lalu, seorang lelaki tampil meluahkan tentang insiden yang merosakkan ikatan pertunangannya.

Satu hari, keluarga mereka membuat iftar di luar dan tunangnya turut diajak datang. Oleh kerana baru pulang dari tempat kerja, perempuan berkenaan terus hadir ke sana tanpa menukar baju lain.

Walaupun tiba lebih awal, dia tidak kekok bergaul semeja dengan keluarga bakal suaminya itu.

Namun dengan tak semena-mena, bapa lelaki terbabit tiba-tiba merungut panjang, menyindir tentang pemakaian gadis tersebut ketika menghadiri iftar berkenaan serta kebiasaan mereka dating pada waktu malam.

Terguris dengan kelancangan yang diucapkan di khalayak ramai, tanpa cakap banyak dia terus menanggalkan cincin tunang dan beredar dari situ.

Keluarga lelaki terbabit juga merasa amat kesal dengan keterlanjuran kata si bapa tadi.

Sudah hilang hormat terhadap keluarga tersebut, gadis itu nekad enggan meneruskan hubungan walaupun sudah dipujuk berkali-kali.

Si bapa tadi juga sudah cuba meminta maaf, namun ia tidak cukup untuk memadamkan rasa kesal dalam diri bakal menantunya itu.

Jika sebelum berkahwin pun sudah begitu, dia khuatir akan menerima layanan jauh lebih buruk selepas masuk dalam keluarga itu kelak.