Gadis muda didakwa bawa lari duit RM10 juta, perdaya mangsa dengan skim pelaburan ‘free cash’

Gadis muda didakwa bawa lari duit RM10 juta, perdaya mangsa dengan skim pelaburan ‘free cash’

 

Tular di media sosial sejak semalam, video menunjukkan seorang wanita mendakwa dia bersama beberapa rakan lain telah menjadi mangsa penipuan bagi skim pelaburan yang dikenali sebagai ‘Freecash’, sedang hangat diperkatakan di Baling, Kedah.

Berdasarkan video, gadis itu didakwa telah memperdaya mangsa-mangsanya dengan skim pelaburan yang tidak wujud itu sehingga mengalami kerugian kira-kira RM10 juta.

Mangsa cuba meminta wang perlaburan mereka dipulangkan semula, namun suspek tidak dapat berbuat demikian atas alasan tiada wang.

“Tolong viral weh! Kes scammer kat Baling, RM10 juta! Mula-mula dia kata ada orang tak lepas bayar kutu. So dia nak jual, siapa yang beli, akan dapat free cash. Dia buat semua orang percaya.

“Mula-mula memang dapat, ada yang main dalam setahun, okey je. Tapi last-last ini yang terjadi. Sekarang ni, ramai gila yang tak dapat duit balik. Paling banyak saving dengan scammer ni RM700,000, RM300,000 ke bawah. Banyak gila, keseluruhannya hampir RM10 juta,” kata mangsa.

Memandangkan suspek tidak mempunyai wang untuk berbuat demikian, mangsa bertindak merampas semua barang kemas miliknya sebagai ganti rugi kecil dan bakinya akan dituntut di kemudian hari.

“Pada masa ni, kami ambil apa yang ada dulu. Setakat emas yang halus-halus kami ambil untuk ganti balik. Mak dia kata, semua barang kemas dah tak ada. Habis, tapi tak tahulah kalau mereka simpan dalam Tabung Haji. Kita ambil apa saja yang ada sekarang,” katanya, lapor Majoriti.

@dyanataliya

Scammer baling

♬ original sound – K🥤PI CENDO – KopiTenang

@dyanataliya

Replying to @matrip04

♬ suara asli – Elvis Trajabitu – Yuyushop1718

Di ruangan komen, ada beberapa individu tampil mendedahkan yang mereka turut menjadi mangsa kepada penipuan gadis berkenaan.

“Salah seorang mangsa adalah saudara saya. Modus operandinya ialah, ‘invest’ duit dengan dia dijamin akan mendapat pulangan yang berganda,” kata Peachy Meachy.

“Ini bukan skim kutu. Ini skim pelaburan dia reka sendiri. Contoh modal RM3,000, selepas tu dapat RM7,000. Saya sendiri jadi mangsa, bayar RM6,000 konon-konon dapat RM13,000,” kata Azharina.

“Aku sendiri kena tipu RM300,000. Budak lagi dan tak tahu siapa yang ajar dia scam orang sampai berjuta. Tertarik nak join sebab tawaran yang diberi sangat menarik dan dah banyak kali join dan duit masuk.

“Tiga orang dalam video ini rasanya kena tipu dalam RM700,000,” kata ANSoneLegacy.

Difahamkan, suspek berusia 23 tahun terbabit dikenali sebagai Eypol Waniey dan namanya kini trending di Facebook dan TikTok kerana ramai mangsa mula tampil menuntut wang pelaburan mereka dikembalikan.

Ada beberapa mangsa dikatakan telah tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. Setakat ini, pihak berkuasa masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kes penipuan tersebut.