Gadis mengaku hidap kanser sebab nak ‘cover’ perut semakin membesar, bila disiasat rupanya angkara bapa

Gadis mengaku hidap kanser sebab nak ‘cover’ perut semakin membesar, bila disiasat rupanya angkara bapa

Harapkan pegar, pegar makan padi! Itulah ungkapan yang paling sesuai menggambarkan tindakan seorang bapa yang sanggup merogol anak sendiri. Kejadian tidak bermoral ini dilakukan oleh si bapa tanpa pengetahuan ahli keluarganya yang lain.

Seperti kisah yang terjadi di Indonesia, di mana seorang gadis yang berusia 16 tahun, memberikan alasan yang agak ‘pelik’ apabila perutnya sudah mula membesar. Pada mulanya, gadis ini hanya menceritakan dia mengalami penyakit ‘kanser’ yang menyebabkan perutnya kelihatan seperti sedang sarat mengandung.

Janin telah meninggal

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan yang dipetik daripada Tribun News, alasan yang diberikan oleh gadis bahawa dia mempunyai kanser hanya sebagai ‘wayang’ bagi mengaburi orang lain daripada diketahui dia sedang hamil hasil benih bapanya sendiri.

Segala muslihat ini, terbongkar apabila dia dimasukkan ke hospital dan pembedahan telah dibuat bagi mengenal pasti ‘kanser’ yang dialami olehnya.

Lebih meruntun hati, apabila janin yang dikandungkan olehnya telah meninggal dunia. Mangsa yang hanya dikenali sebagai H, telah tampil membuat laporan polis terhadap tindakan kejam bapa kandungnya itu.

Pada mulanya, dia telah diugut akan dibunuh jika dia melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa.

Jadi mangsa sejak berumur 10 tahun

Sekadar gambar hiasan

Kes tersebut telah dilaporkan oleh H pada Sabtu yang lalu, ditemani oleh Human Polres, yang merupakan individu yang bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan remaja di daerah tersebut.

Ya betul, memang ada laporan tersebut. Tapi kita tunggu hasil pemeriksaan lebih lanjut dan akan kami beritahu kepada anda semua jika proses pemeriksaan sepenuhnya telah dibuat.

Menurut sumber, H telah menjadi mangsa kerakusan bapanya sejak berumur 10 tahun lagi dan dia ketika itu sama sekali tidak berani untuk menceritakan apa yang telah berlaku termasuk ibunya sendiri.

Sumber: OB, Tribun News