“Bukan soal duit tapi..” – Gadis Kazakhstan tak kisah lelaki gaji bawah RM3k, kongsi kriteria bakal suami

“Bukan soal duit tapi..” – Gadis Kazakhstan tak kisah lelaki gaji bawah RM3k, kongsi kriteria bakal suami

 

“Bukan soal duit tapi..” – Gadis Kazakhstan tak kisah lelaki gaji bawah RM3k, kongsi kriteria bakal suami

Perkahwinan merupakan salah satu hari paling bahagia dalam hidup setiap orang, di mana kita mengikat tali perkahwinan bersama pasangan hidup.

Walau bagaimanapun, aspek kewangan menjadi satu topik ‘perdebatan’ dalam masyarakat ketika persiapan perkahwinan.

Tambahan lagi, apabila menjejakkan kaki ke alam rumah tangga, perspektif dan asam garam berumah tangga jauh berbeza ketika masih bergelar bujang.

Ini kerana ia melibatkan tanggungjawab dan kos perbelanjaan yang perlu diteliti agar kehidupan bersama sentiasa bahagia dan harmoni.

Sehubungan itu, timbul pelbagai pendapat mengenai isu gaji pasangan sebelum menjalani kehidupan berumah tangga.

Berbeza pula seorang gadis berasal dari Kazakhstan sewaktu ditanya mengenai gaji individu yang berhasrat mengahwininya.

Perkara itu dikongsikan menerusi satu klip video yang dimuat naik oleh pengguna akaun TikTok @mrproducersp.

Katanya, dia tidak kisah jika pasangannya mempunyai gaji RM2,000 hingga RM3,000 asalkan ia cukup menampung keperluan dan perbelanjaan.

Apatah lagi, dia berfikiran terbuka menerima mana-mana individu walaupun berlainan bangsa atau dari negara lain.

“Saya rasa saya nak (berkahwin) dengan lelaki bukanlah tentang duitnya, tetapi tentang bagaimana hati mereka,” katanya. 

Bagi mana-mana individu yang berhasrat untuk mengahwini wanita Kazakhstan, wanita berkenaan memberitahu perempuan di sana lebih memilih pasangan yang membuatkan mereka berasa selamat.

“Perempuan Kazakh mereka meminati lelaki sejati (maskulin) seperti seseorang yang boleh melindungi mereka,” pesannya.

@mrproducersp

Mr Producer Prove Kazakhstan 🇰🇿 Girl Not Really Looking For Money When Come To Dating..

♬ original sound – MR PRODUCER & HIDAYAH – MR PRODUCER & HIDAYAH