Gadis cari bapa untuk jadi wali nikah

Gadis cari bapa untuk jadi wali nikah

 

Seorang gadis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan bapa kandungnya untuk menjadi wali pernikahannya.

Nur Faezah Ali Rohman, 21, dari Parit 5 Darat, Sungai Sumun,  Hutan Melintang dekat sini mencari bapa kandungnya, Ali Rohman, berusia 50-an yang terpisah sejak dia dilahirkan.

Menurutnya, sejak lahir, dia dibesarkan keluarga angkatnya dan tidak pernah bertemu dengan bapa kandungnya itu.

“Sejak saya dilahirkan, saya dijaga oleh keluarga angkat. Saya tidak pernah berjumpa bapa kandung saya kerana dia tidak pernah pulang atau menghubungi kami.

“Kami cuba mencarinya tetapi tidak berjaya menemukannya,” katanya, seperti dipetik Utusan hari ini.

Menurutnya, dia berharap dapat menemukan bapa kandungnya untuk menjadi wali pernikahannya tidak lama lagi.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai bapanya boleh menghubunginya menerusi nombor telefon 010-9449851.