Gadis cari abang jadi wali nikah
Peniaga dalam talian yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 3 Jun ini menjejaki abang kandungnya untuk menjadi wali pernikahan.
Nur Shuhadah Talip, 24, dari Batu 4, Changkat Jong, di sini, berusaha mencari abangnya, Muhammad Khairul Nizam, 34, sejak beberapa bulan lalu.
Menurutnya, dia yang kematian bapa, Talip Mat Tamat pada 2013 dijaga keluarga angkat sejak lahir, tetapi berhubung dengan ibu kandung dan keluarga yang tinggal di Teluk Intan.
“Abang tinggal bersama ibu kandung, tetapi dia menghilangkan diri tanpa khabar sejak November lalu.
“Kami sudah mencarinya di merata tempat, malah cuba mengesannya di Facebook dan bertanya kepada rakannya tetapi gagal,” katanya.
Katanya, dia amat berharap abangnya dapat dikesan dan orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat boleh menghubungi Nur Shuhadah di talian 019-2027739. – HM