Gadis bangga satu keluarga kerja syarikat sama, netizen samakan dengan ‘Megah Holding’

Gadis bangga satu keluarga kerja syarikat sama, netizen samakan dengan ‘Megah Holding’

Baru-baru ini, seorang gadis memuat naik satu video memaparkan tempat kerjanya menerusi akaun @airahrosly di aplikasi TikTok.

Namun, apa yang mencuri perhatian netizen adalah apabila dia mendedahkan bahawa dia bekerja dengan semua ahli keluarga di satu tempat yang sama. Berikutan itu, video berkenaan menjadi tular dan telah mendapat ratusan reaksi daripada netizen.

Menerusi video berkenaan, gadis itu dilihat menunjukkan sekitar kawasan ofis termasuklah bilik-bilik khas buat setiap ahli keluarganya daripada bapa, kakak, abang hinggalah dirinya

Kerja satu ofis dengan semua keluarga

@airahrosly

#recycle #fyp #smallbusiness #foryoupage

♬ dark horse – beth 🍀

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen menzahirkan rasa teruja serta kagum melihat perkongsian gadis itu. Mana tidaknya, ia disifatkan sebagai satu perkara yang jarang berlaku.

Bagaimanapun, tidak ketinggalan juga ramai bergurau menyamakan empunya diri seperti watak dalam kebanyakan drama Melayu terkenal yang memiliki syarikat diwarisi ahli keluarga sendiri.

Salah satunya, peranan watak anak CEO syarikat ‘Megah Holding’ dalam slot drama pukul 7 di televisyen

Megah Holding sebenar

Mesti sarapan ‘fresh orange’ tak habis

Siapa nak ambil alih syarikat papa?

Papa nak kamu kahwin dengan anak kawan papa

Dalam pada itu, ada segelintir netizen turut mendoakan agar gadis itu dan keluarganya sentiasa berjaya dalam segala urusan yang mereka lakukan. Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 34,000 tanda suka dan sebanyak 930 komen.

Sumber: OMM, TikTok @airahrosly