Founder sah bercerai dengan suami, nafi tema raya baju Hello Kitty punca berpisah

Founder sah bercerai dengan suami, nafi tema raya baju Hello Kitty punca berpisah

 

Founder atau pengasas kosmestik, Yus Aminah Mohd Zawizah nafi tema baju raya Hello Kitty yang dipakai mereka setiap tahun menjadi punca berpisah dengan suami, Mohd Afizi Mohd Nasir, 41.

Yus Aminah berkata, perkahwinan yang dibinanya bersama suami sejak 10 tahun lalu telah berakhir dan mereka sah bercerai talak satu pada Rabu  di Mahkamah Rendah  Syariah Gombak Timur, kira-kira pada jam 11.15 tengah hari.

Kisah perpisahan perceraian mereka menjadi bualan ramai sehingga terdapat netizen mendakwa ia berlaku kerana lelaki itu sudah tidak tahan dengan tema baju raya yang sering menarik perhatian.

Bagaimanapun, dia pantas menangkis dakwaan tersebut dengan menyatakan amalan tema raya dengan memakai sedondon baju Hello Kitty bukanlah punca perpisahan mereka

“Bukan sebab baju Hello Kitty. Bertahun-tahun suami okey je pakai baju tu bersama dan anak-anak,” katanya.

Dia turut mengakui sedih terkilan dan sedih apabila terpaksa berdepan dengan perpisahan dan perceraian, apatah lagi sudah sedekad mereka hidup bersama.

Jauh di sudut hati, dia masih dan mahu mempertahankan rumah tangga namun tidak menyangka ia bakal berakhir dengan perpisahan.

“Jujur, saya masih sayangkan dia.  Saya cuba untuk mempertahankan rumah tangga kami. Saya cuba hingga ke hari sebelum kami sebelum kami ke mahkamah.

“Tapi dia sudah berbeza, orangnya sangat berbeza, tak lagi macam dulu. Bukan lagi seperti saya kenal 17 tahun dulu. Bukan lagi masa berkahwin 10 tahun dulu.

“Saya terkejut sebab saya terasa hati dan makan hati,” katanya lagi.

Menurutnya, perpisahan yang berlaku antara mereka berdua melibatkan sikap dan emosi.

Sekadar info, usahawan yang dikenali Kakak Hello Kitty mula  terkenal kerana memakai baju raya sedondon bertemakan kartun popular itu sejak tahun 2015.

Dia dan pasangan mendirikan rumah tangga pada 30 Mei 2014.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Putri Jeliyta Ai Rich,9, dan Putra Jamsyeir Ai Rich,4.