Founder ‘body shaming’ wanita sebab nak tutup salah sendiri selepas kantoi menipu kata inai sah dibawa solat

Founder ‘body shaming’ wanita sebab nak tutup salah sendiri selepas kantoi menipu kata inai sah dibawa solat

 

Sebagai seorang wanita, untuk menjaga kecantikan itu boleh dikatakan perkara normal dan itu antara cara yang boleh menaikkan keyakinan seseorang.

Memakai inai juga merupakan salah satu ‘perhiasan’ yang selalu kita lihat wanita akan pakai biarpun tiada sebarang majlis perkahwinan ataupun event yang memerlukan mereka untuk memakainya.

Bagaimanapun, jika ingin memakai inai, segala aspek perlu dititikberatkan oleh seseorang wanita, lagi-lagi mengenai teksturnya yang membolehkan ia dipakai sewaktu menunaikan solat fardhu.

@farhanazahra91

Cuba kikis inai korang, jadi putih x? Lau jadi putih tu xsah la wuduk kan mengikut kata @ustazahasmaharun

♬ original sound – Siscafellicia – yoora_sarah

Seperti yang berlaku kepada seorang wanita di TikTok ini, beliau mendakwa seorang penjual inai terkenal telah menipunya dengan berkata inai yang dijual sah untuk dibawa solat.

Bukan saja telah menipu pembeli, malah founder itu juga telah ‘body shaming’ seorang wanita yang berbadan besar demi untuk menutup kesalahan sendiri.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata sememangnya mengecam founder terbabit kerana telah membuka aib seseorang hanya untuk melepaskan diri dari kesalahan yang dilakukan.

komen tiktok