“Fokus barang keperluan” – Geng bertopeng gesa influencer hulur bantuan berbanding bagi iPhone kepada follower

“Fokus barang keperluan” – Geng bertopeng gesa influencer hulur bantuan berbanding bagi iPhone kepada follower

 

Tular memberikan bantuan beras kepada orang awam baru-baru ini, beberapa orang pemuda bertopeng yang menyorokkan identiti mereka ini telah menjadi tanda tanya ramai tentang siapakah gerangan mereka.

Bagaimanapun, baru-baru ini geng bertopeng yang dikenali @XYZMISSION tampil menyatakan bahawa mereka bukanlah sesiapa, bukan pempengaruh atau selebriti.

Dalam video yang telah meraih sebanyak 977K jumlah tontonan sepanjang 2 hari ia dimuat naik di TikTok itu, salah seorang daripada wakil mereka menyeru kepada ramai pempengaruh, dan mana-mana pihak yang mempunyai pengaruh kuat untuk sertai mereka dalam misi memberikan bantuan  yang lebih bermanfaat.

Berdasarkan pemerhatian mereka, ramai pempengaruh yang suka menayang diri mereka memberikan iPhone kepada pengikut dengan niat untuk berkongsi rezeki.

@xyzteamproject

Kami menyeru kepada influencer dan mereka yang berpengaruh di sosial media.

♬ original sound – XYZMISSION – XYZMISSION

“Kami lihat di media sosial, ramai influencer atau content creator yang membuat video memberi iPhone atau gadget kepada follower mereka dengan niat ingin berkongsi rezeki.”

“Kami menyokong niat baik tersebut, akan tetapi lebih baik jika kita fokuskan kepada barang-barang keperluan kerana satu iPhone yang harganya beribu hanya mampu membahagiakan satu individu sahaja.”

Jelasnya, nilai untuk sebiji iPhone itu, jika digantikan dengan sesuatu yang lebih bermanfaat sebenarnya mampu membahagiakan beratus orang.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang memerlukan bantuan daripada mereka, bahkan ada juga yang sudi hulurkan bantuan buat mereka untuk melakukan aktiviti mulia.

Bahkan ada yang mahukan geng ini untuk membuka akaun sendiri kepada orang ramai supaya mereka juga dapat salurkan bantuan.

Geng Topeng

Geng Topeng 2