Flight tiba-tiba kena ‘cancel’, staff didakwa biadap & tidak professional suruh penumpang beli tiket baru

Flight tiba-tiba kena ‘cancel’, staff didakwa biadap & tidak professional suruh penumpang beli tiket baru

 

Untuk sesetengah orang, menaiki kapal terbang untuk menuju ke destinasi adalah lebih mudah kerana ianya hanya mengambil masa yang singkat untuk pergi ke sesuatu tempat.

Akan tetapi, harga untuk tiket kapal terbang tidaklah murah dan selalunya mencecah ratusan hingga ribuan ringgit untuk satu perjalanan pergi dan balik.

Oleh sebab itu, jika penerbangan dibatalkan ia sesuatu yang sangat mengecewakan kerana duit yang telah dikeluarkan tidak dapat diganti semula.

Itulah yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Imad di mana dia terlepas penerbangannya kerana servis syarikat penerbangan yang sangat menyedihkan.

@m.imad050

Berapa ramai diorg nak kasi org lain missed flight? #esekeli #fyp

♬ Air Mata Syawal – Siti Nurhaliza

Menurutnya di ruangan komen, kaunter yang dibuka untuk ‘drop-off’ bagasi sangat terhad dan menyebabkan ramai orang terlepas ‘flight’.

Menerusi video itu juga, dikatakan staf yang bekerja di situ bersikap biadap dan menyalahkan pelanggan serta menyuruh pelanggan untuk membeli tiket baru bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Ada juga perkongsian lain di TikTok oleh pengguna yang dikenali sebagai @keynaaa_azami di mana tiket penerbangannya dibatalkan secara tiba-tiba.

Perkara yang berlaku menyebabkan ramai pelanggan berasa tidak puas hati dan menyatakan bahawa tiket kapal terbang bukanlah sesuatu yang murah dan berharap syarikat penerbangan berkenaan membuat sistem yang lebih teratur agar pelanggan tidak terlepas penerbangan kerana kesalahan pengurusan syarikat tersebut.