Fizi Ali tahan sebak menangis rindu anak, Syakilla dedah Ameena tidak diberi nafkah

Fizi Ali tahan sebak menangis rindu anak, Syakilla dedah Ameena tidak diberi nafkah

Saya memang sayangkan Ameena sangat-sangat, orang nak cakap apa, cakaplah“. Itulah antara luahan sayu Fizi Ali ketika ditemubual oleh pihak media sewaktu menghadiri prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam sebentar tadi. Nampaknya, kemelutnya bersama bekas isteri, Syakilla Khoriri mengenai hak bertemu anak mereka, Ameena Sofea semakin berlarutan.

Saya sangat-sangat rindukan anak saya…Benda ni boleh bincang secara aman

Jelas penyampai radio Hot FM tersebut, rindu yang ditanggung seakan-akan tidak tertahan lagi lantaran dirinya sudah hampir 2 bulan dihalang daripada bertemu dengan Ameena. Meskipun tahu lokasi rumah Syakilla, namun Fizi berpendapat tidak mungkin dia boleh sesuka hati pergi ke sana apalagi tindakan sebegitu boleh didakwa sebagai satu bentuk pencerobohan.

Dia lebih memilih media sosial untuk luahkan apa yang dia rasa…Tak communicate dengan saya

Di sisi lain, Syakilla pula mendedahkan kali terakhir Fizi berkomunikasi dengannya adalah pada 11 November tahun lalu. Tidak pernah cuba memisahkan hubungan antara bapa serta anak kandung, justeru aktres tersebut mempersoalkan sikap Fizi yang dilihat tidak selari dengan apa yang diperkatakan di media sosial sebelum-sebelum ini.

Saya dah penat dengan permainan ini…Seolah-olah saya yang jahat

Bukan sahaja tidak berhubung secara baik, malah Syakilla menggambarkan Fizi seakan tiada usaha langsung untuk bertemu dengan Ameena. Jelasnya lagi, lelaki tersebut juga didakwa tidak ambil tahu mengenai nafkah perbelanjaan Ameena memasuki sekolah pada tahun ini.

“Pintu rumah saya dibuka 24 jam, datanglah bila-bila masa dia nak datang. Ini takde call tanya anak okey ke tak. Anak masuk sekolah tahun ni, tidak ada tanya, pakai baju uniform semua tidak tanya saya pun, tidak ada bayaran, tidak ada nafkah kepada anak, tidak ada”