Filem terbaru cetus kemarahan, rupanya ini punca Shah Rukh Khan diugut bakar hidup-hidup

Filem terbaru cetus kemarahan, rupanya ini punca Shah Rukh Khan diugut bakar hidup-hidup

 

FILEM terbaharu lakonan Shah Rukh Khan mencetuskan kemarahan ramai rakyat di India apabila dikatakan merendahkan agama Hindu.

Lebih mengejutkan lagi apabila, Shah Rukh Khan, 57, juga menerima ugutan bakal di bakar hidup-hidup kerana menjayakan filem bertajuk Pathaan itu.

Portal India Today melaporkan, seorang peramal dikenali sebagai Paramhans Acharya Maharaj memberitahu kepada umum bahawa akan membakar Shah Rukh Khan sekiranya bertemu secara langsung.

“Orang-orang Sanatan Dharma akan terus memprotes dan kami juga telah membakar poster Shah Rukh Khan. Jika saya bertemu dengan dia saya akan bakar dia hidup-hidup.

“Saya akan memberi bantuan kewangan kepada mereka yang membunuh pelakon itu,” katanya.

Difahamkan, filem berkenaan mendapat bantahan ramai gara-gara lagu bertajuk Besharam Rang di dalam karya tersebut yang menampilkan pelakon Deepika Padukone memakai bikini berwarna kunyit dalam lagu itu.

Meskipun begitu, aktor berkenaan seakan tidak gentar malah terus mempromosikan filem yang bakal ditayangkan pada Januari depan.