Disyaki terbabit kes curi Ferrari, anak penyanyi antara enam ditahan

Disyaki terbabit kes curi Ferrari, anak penyanyi antara enam ditahan

 

Disyaki terbabit kes curi Ferrari, anak penyanyi antara enam ditahan

Anak seorang penyanyi tempatan antara enam individu ditahan selepas disyaki terbabit kes kecurian sebuah Ferrari yang ditinggalkan di pusat cuci kereta di Hulu Klang, di sini 17 November lalu.

Menurut sumber, mangsa meninggalkan kenderaan mewah berwarna merah itu di premis terbabit beberapa hari sebelum kejadian itu berlaku.

“Mangsa mendakwa meminta seorang pekerjanya menghantar kereta terbabit untuk dicuci beberapa hari sebelum itu.

“Pada 11 pagi, 17 November mangsa menyedari kereta berkenaan sudah hilang disyaki dicuri lalu membuat laporan,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi berkata, kejadian membabitkan seorang ahli perniagaan berusia 50-an.

“Bertindak atas maklumat sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ampang Jaya berjaya menahan empat suspek lelaki berusia lingkungan 23 hingga 33 tahun di sekitar Ampang.

“Satu lagi tangkapan susulan dilakukan pada 20 November membabitkan seorang suspek lelaki berusia 38 tahun,” katanya.

Kereta Ferrari yang dilaporkan hilang di pusat cuci kereta di Hulu Klang pada 17 November lalu. - Foto PDRM

Kereta Ferrari yang dilaporkan hilang di pusat cuci kereta di Hulu Klang pada 17 November lalu. – Foto PDRM

Menurutnya, hasil soal siasat ke atas suspek, polis menemukan semula kereta Ferrari berkenaan di kawasan parkir sebuah apartment di Taman Tunku, Kuala Lumpur pada 23 November.

Katanya, susulan itu, seorang wanita tempatan berusia 40-an ditahan bagi membantu siasatan mengikut 379 Kanun Keseksaan.

“Seorang suspek mempunyai dua rekod kesalahan dadah dan ujian dadah ke atasnya mendapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine, manakala suspek lain tiada rekod lampau.

“Polis turut merampas antaranya lapan telefon pintar dan empat buah kereta jenis Ferrari, Naza Suria, BMW XS, dan BMW,” katanya.