FD Idzham, bakal menantu Tengku Ampuan Pahang rupanya bukan calang-calang orang

FD Idzham, bakal menantu Tengku Ampuan Pahang rupanya bukan calang-calang orang

 

Umum sedia maklum mengenai pernikahan anakanda kepada Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Tengku Puteri Raja Tengku Afzan Aminah dengan kekasih hatinya.

Malah kekasih hatinya itu juga bukanlah orang biasa, pernah dikenali selepas bercinta dengan adik usahawan selebriti Neelofa.

Menurut satu komen di TikTok, Tunku Azizah memaklumkan bahawa istiadat akad nikah, istiadat berniai dan istiadat bersanding bakal dilangsungkan pada 22, 23 dan 25 Ogos nanti.

@cicaaa001

Replying to @haura__0 wow ada seorang putera dan seorang puteri 🥰 semoga dipermudahkan urusan seterusnya 😚🫰💞 #tengkumuhammadiskandarriayatuddinshah #tengkuafzan #pahangroyalfamily #foryou #capcut

♬ original sound – cicaa💓 – cicaa💓

Ini adalah serba sedikit mengenai FD Idzham, bakal menantu Tengku Ampuan Pahang.

FD Idzham merupakan anak sulung kepada Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor dan isteri, Datin Seri Hafizah Zakaria.

Bapanya yang lebih dikenali sebagai FD Iskandar ialah Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Glomac Berhad.

Manakala ibunya, Datin Hafizah merupakan seorang penyokong projek kebajikan melibatkan kanak-kanak yang memerlukan dan bantuan bencana, malah beliau pernah bekerjasama dengan UNICEF serta badan amal tempatan.

Calon menantu Tunku Azizah itu adalah Ketua Kumpulan Pembangunan Perniagaan & Strategi Korporat di Glomac Berhad.

Menerusi LinkedIn, FD Idzham berkongsi sebelum ini dia pernah memegang peranan dalam Perlindungan Pelanggan di Maybank Investment Bank Berhad.

Berkongsi minat dengan sukan, FD Idzham mengakui gemar menunggang kuda dan merupakan penyelam penyelamat bertauliah.

Di samping itu, dia juga adalah peminat sukan ragbi dan mengakui dirinya dalah lebih kepada ‘family man’.

Turut melanjutkan pengajian di luar negara, anak sulung daripada enam beradik itu juga membuat amal dengan meluangkan masa bersama kanak-kanak di waktu lapang.

Bukan biasa-biasa calon menantu, yang penting Tunku Azizah menerimanya kerana sikap baik dan rendah diri untuk menjadi suami kepada Tengku Afzan.