Fazura bawa ramai ‘bodyguard’ undang tanda tanya netizen

Fazura bawa ramai ‘bodyguard’ undang tanda tanya netizen

 

Kehadiran Pelakon, Nur Fazura, 40, ke mahkamah ditemani lima pengawal keselamatan pagi tadi mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Menurut Utusan, rata-rata warganet terkejut dan tidak kurang juga mempersoalkan keperluan Fazura hadir dengan pengawal keselamatan yang ramai.

“Dia bawa bodyguard mungkin tak mahu dikerumun wartawan. Semak, sudahlah tengah tertekan dengan masalah rumah tangga, lepas itu wartawan asak dengan persoalan peribadi,” ujar seorang netizen.

“Entah apa nak pasang bodyguard ramai-ramai. Bawa wang juta-jutakah?” soal seorang lagi netizen.

Terdahulu Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini hari ini menangguhkan kes perceraian pasangan selebriti, Nur Fazura dan Fattah Amin ke satu tarikh baharu pada 7 Oktober ini.

Sebelum ini isu keretakan rumah tangga Fazura dan Fattah hangat diperkatakan dalam media sosial apabila mereka dikatakan sudah tidak lagi meninggalkan komen atau tanda suka dalam hantaran di akaun masing-masing.

Malah, kisah rumah tangga Fazura dan Fattah juga dibincangkan di pelbagai platform media sosial sehingga menarik perhatian warganet.

Pada 13 September lalu, media melaporkan, Fazura memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini.

Butiran lanjut tidak diperincikan mengenai permohonan cerai itu, namun, ia mengejutkan ramai pihak dan sehingga kini isu yang berlaku diantara Fazura dan Fattah masih menjadi tanda tanya hingga wujud pelbagai spekulasi.

Bagaimanapun, Fattah dilapor berkata, dia terkejut apabila menerima berita isterinya memfailkan perceraian dan hanya mengetahui perkara itu menerusi media sosial.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang berusia empat tahun.