“Bukan nak riak tapi..” – Fazura akui lebih bahagia selepas bercerai

“Bukan nak riak tapi..” – Fazura akui lebih bahagia selepas bercerai

 

“Bukan nak riak tapi..” – Fazura akui lebih bahagia selepas bercerai.

Aktres, Fazura akhirnya dapat hak jagaan anak sepenuhnya selepas bekas suami yang juga aktor, Fattah Amin turut bersetuju dalam urusan hadanah.

Memetik portal mStar Online, peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan memaklumkan hak penjagaan anak kepada pasangan Nur Fazura dan Fattah Amin iaitu Nur Fatima Aisya sudah pun diselesaikan dengan baik menerusi prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, pagi tadi.

Fakhrul Azman berkata, hak penjagaan penuh diberikan kepada anak guamnya, Fazura manakala hak lawatan diberikan kepada Fattah.

“Hari ini kami memohon kepada pihak mahkamah untuk merekodkan perjanjian persetujuan berkaitan hak penjagaan anak dan hak lawatan.

“Fattah dibenarkan hak lawatan tiga kali seminggu dan dua kali bermalam sebulan,”katanya.

Akui Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, dia bukanlah mahu bersikap riak tetapi memang lebih tenang dan bahagia dengan kehidupannya kini.

Ujarnya, dia hanya sekadar berkongsi situasi yang sedang dilalui dan bersyukur dengan segala ujian yang dihadapinya.

“Kehidupan sekarang sejujurnya saya tenang dan lebih bahagia. Bukan nak riak ke apa, tapi ini sejujurnya yang saya rasa sekarang.

“Saya bersyukur kepada Allah,” katanya lagi.

Katanya lagi, dia juga tidak mengambil pusing mengenai sebarang kecaman yang dilontarkan oleh orang ramai terhadap dirinya terutama lagi menerusi media sosial.

“Tidak mengapa, saya tenang sahaja. Terserah kepada Allah apa orang nak kata, itu urusan mereka. Urusan saya, hanya saya dengan Allah,” ujarnya.

Disoal mengenai karier seninya di Indonesia, Fazura memaklumkan temu bual bersama program televisyen di negara itu sudah dirancang lama.

Sebelum ini, pelakon filem Pisau Cukur itu memberitahu dia tidak menyesal hubungan dengan bekas suami, Fattah Amin telah berakhir selepas lebih tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Untuk rekod, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada November 2017 itu sah bercerai pada 7 Oktober lepas.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 4 tahun.