“Thanks daddy Fatima” – Fattah Amin kirim sejambak bunga sempena hari lahir, ini respon Fazura

“Thanks daddy Fatima” – Fattah Amin kirim sejambak bunga sempena hari lahir, ini respon Fazura

 

Pelakon Fattah Amin kirim sejambak bunga bersempena ulang tahun kelahiran isterinya, Nur Fazura yang ke-40 tahun telah berjaya tarik perhatian umum.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin di IG-Storynya, dia telah menerima hadiah tersebut beserta sebuah kad ucapan romantik daripada suaminya.

“Selamat hari lahir mommy, daddy doakan di hari kelahiran mommy sentiasa happy, dimurahkan rezeki, diberi perlindungan, kebahagiaan dunia dan akhirat selamanya,” doa Fattah buat Fazura.

Dalam pada itu, Fazura yang berkongsi foto berkenaan sempat mengucapkan terima kasih di atas hadiah pemberiaan Fattah.

“Thanks daddy Fatima,” balasnya ringkas.

Fattah Amin kirim sejambak bunga

Terdahulu, aktor Fattah Amin enggan untuk menceraikan isterinya ketika sebutan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 7 Oktober depan untuk perbicaraan yang selanjutnya.

Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.