Perkahwinan 7 tahun berakhir, Fattah Amin & Fazura sah bercerai talak satu
Pasangan pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, hari ini.
Fattah melafazkan talak satu di hadapan Hakim Syarie Abdul Malek Soleh pada jam 9.45 pagi.
Pada 13 September lalu, BH melaporkan Fazura memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini.
Butiran lanjut tidak diperincikan mengenai permohonan cerai, namun ia mengejutkan ramai pihak. Hingga kini, isu yang berlaku antara Fazura dan Fattah masih menjadi tanda tanya.
Bagaimanapun, Fattah dilapor berkata dia terkejut apabila menerima berita isterinya memfailkan perceraian dan hanya mengetahui perkara itu menerusi media sosial.
Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, 4.
Terdahulu, Peguam syarie mewakili Fattah Zulkifli Che Yong berkata tuntutan perceraian antara pelakon Nur Fazura terhadap Fattah Amin bakal diselesaikan secara baik.
Zulkifli berkata, setakat ini beberapa perkara akan dimuktamadkan secara baik.
“Setakat perkembangan sekarang, insya-Allah perkara ini akan dimuktamadkan secara baik.
“Respon Fattah sangat positif dan insya-Allah, perkara ini dapat diselesaikan secara baik,” katanya ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, pagi tadi.