“Syok sendiri” – Fasilitator universiti dikecam buat ‘prank’ sambut birthday ketika orientasi pelajar baru

“Syok sendiri” – Fasilitator universiti dikecam buat ‘prank’ sambut birthday ketika orientasi pelajar baru

 

Biasalah bila penuntut semester pertama memasuki sesebuah universiti perlu mengharungi minggu orientasi. Jadi, fasi universiti dari kalangan senior yang akan berbuat pelbagai aktiviti dengan junior sewaktu orientasi.

Namun, baru-baru ini tular sebuah video yang dipercayai dirakam oleh seorang pelajar semester pertama di UITM Segamat memperlihatkan situasi di mana mereka membuat satu kejutan sewaktu sesi orientasi tanpa diduga oleh mereka.

Di dalam video itu, beberapa fasi universiti sedang bertengkar antara satu sama lain secara tiba-tiba. Keadaan bertambah huru-hara apabila mereka saling meninggikan suara dan menengking pada ketika itu.

Namun, semua berubah selepas itu apabila semua adengan pergaduhan terbabit hanyalah satu gimik untuk menyambut hari jadi salah seorang fasi yang bertugas.

Bagaimanapun, tindakan fasilitator UITM Segamat itu langsung mendapat perhatian netizen dan rata-ratanya membidas kerana bukan sahaja tidak menunjukkan nilai murni yang baik malah tidak memberi manfaat sama sekali.

Fasi universiti

Bagi netizen, adengan gimik ini dilihat sebagai syok sendiri yang sepatutnya dibuat dikalangan kenalan sahaja. Dalam pada itu, sebahagian netizen turut merasakan budaya fasilitator yang sering memarahi junior dengan sengaja sepatutnya dihentikan.