Fasha Sandha bidas ustazah tegur wanita buat trend ‘alamak raya’, “Hidup je la ikut cara masing-masing”
Pelakon Fasha Sandha tampil membidas kenyataan ustazah yang menegur trend ‘alamak raya’ tidak sesuai bagi wanita muslimah yang mempunyai kelas tinggi.
Menerusi hantaran di Instagram Stories, pelakon drama Rampas Cintaku 2 ini berkongsi semula pautan berita portal hiburan yang melabel tarian tersebut sebagai gedik.
Menurutnya dalam hantaran tersebut, dia mempersoalkan kenyataan ustazah yang membezakan tahap dan kedudukan seorang wanita.
Baru tahu muslimah pun ada high class?
Pada masa sama, Fasha memberitahu untuk tidak mengambil peduli tentang pendapat orang lain.
Malah, dia turut hairan dengan sikap segelintir manusia yang suka menghukum.
Macam ni la, hidup je la ikut cara masing-masing.
Penat la nak jaga hati orang. Dunia ni dah semakin pelik. Ramai manusia-manusia aneh.