FAKTA HARI INI: Pasangan Diraja Perak diijab kabul, syiling emas sebagai mas kahwin

FAKTA HARI INI: Pasangan Diraja Perak diijab kabul, syiling emas sebagai mas kahwin

RAJA Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah menamatkan zaman bujang apabila diijabkabulkan dengan pasangannya, Zara Salim Davidson di hadapan kira-kira 300 tetamu pada istiadat di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar di Perak.

Zara sah menjadi isteri Raja Nazrin yang hanya memerlukan sekali lafaz upacara akad nikah 17 Mei 2007.

Pasangan itu dinikahkan oleh Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria di hadapan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah; Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun, Kerabat Diraja Perak dan keluarga Zara.

Dalam istiadat itu, Raja Nazrin menghadiahkan Zara sembilan pahar berserta mas kahwin 250 gram emas tulen dalam bentuk lima kepingan bersama sebentuk cincin bertatahkan berlian.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn. Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-7455 6428 atau e-mel ke: [email protected]. – Kosmo