Facebook bengkel motosikal ini kena serang dengan netizen selepas kantoi tulis catatan hina Islam

Facebook bengkel motosikal ini kena serang dengan netizen selepas kantoi tulis catatan hina Islam

 

Semalam tular di media sosial berkaitan resit pesanan seorang pelanggan di sebuah restoran makanan segera di Taman Inderawasih, Perai, di sini yang tertera catatan berbaur provokasi menghina agama Islam.

Menurut Vocket, di dalam gambar yang tersebar, resit pesanan tersebut telah ditulis cacian terhadap agama Islam pada bahagian remarks.

“Islam adalah taik dan kencing,” pesanan yang ditinggalkan pada resit.

Individu biadap itu bagaimanapun boleh digelar dungu kerana maklumatnya terpapar dengan jelas pada resit terbabit yang mana tertera nama sebuah bengkel motosikal di Pulau Pinang.

Susulan itu, netizen telah bersepakat menyerang akaun Facebook bengkel motosikal terbabit malah meninggalkan reviews negatif sebagai tanda protes terhadap provokasi agama yang dilakukan.

Di samping itu, orang ramai turut melancarkan kempen boikot terhadap bengkel terbabit sebagai pengajaran.

Dalam pada itu, ramai meminta pihak berkuasa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang membuat pesanan dengan nota berbaur rasis tersebut kerana sudah berkait dengan isu 3R.

Menurut Harian Metro, polis sudah pun membuka siasatan berhubung resit pesanan berbaur penghinaan Islam berkenaan selepas menerima laporan daripada pekerja restoran yang mengendalikan pesanan tersebut.