Erry Putra dikecam kongsi ‘caption’ lawak rogol di Instagram
Tular sejak semalam apabila pelakon Erry Putra menjadi buah mulut netizen berikutan perkongsian gambar terbaru beliau di Instagram dengan sebuah caption yang ringkas dan tampil dengan mesej yang lucah.
Menerusi gambar yang dikongsikan, pelakon berusia 44 tahun ini menulis caption ‘rogol time’ beserta beberapa emoji yang mengundang kecaman netizen. Tindakan beliau bukan sahaja dikecam malah turut dipersoal tujuan memuat naik gambar dengan caption sedemikian.
Pls??? Not this lawak lucah rogol!
What the fuck man? pic.twitter.com/3InYcqufmP
— (2years with Dolla Watch Me Glow)💜💙 (@deathcashdoll) March 25, 2022
Selain itu, tidak kurang yang mengaitkan tindakan Erry Putra dengan pelakon Zul Ariffin yang didakwa mahu mempromosikan drama yang dilakonkan. Berikut merupakan respon netizen terhadap isu yang berlaku.
jijiknya https://t.co/uBlNViB5xl
— 𖠳 ꒰ jijah໒₊ ɞ (@xxizzah) March 25, 2022
Caption rempit teruk😌 https://t.co/JMFFTas0P4
— Olivia’s (@heyysai_) March 25, 2022
Stop normalising this! https://t.co/SOAp1NZvBF
— Happily Heli (@heli_lii) March 25, 2022
Difahamkan perkongsian yang dipenuhi dengan kecaman ini walau bagaimanapun telah diturunkan oleh Erry Putra menerusi Instagram beliau. Laman Instagram Erry Putra yang sebelum ini boleh dilihat oleh orang ramai telah dikunci oleh beliau.