“Era 5G: Pembawa virus tahun 2023”- Zul Yahya dakwa golongan divaksin pembawa virus

“Era 5G: Pembawa virus tahun 2023”- Zul Yahya dakwa golongan divaksin pembawa virus

Tidak hairan dengan kecaman netizen, Zul Yahya berkongsi di laman Instagramnya mengatakan golongan divaksin bakal menjadi pembawa virus pada tahun 2023.

Era 5G: Herd Immunity Pembawa Virus 

Zul berkongsi program vaksin yang dilakukan ini adalah untuk mencapai ‘herd immunity‘ berdasarkan teori sains. Iaitu tujuannya adalah untuk mencegah wabak penyakit daripada terus menular dalam kalangan orang awam.

Zul berkongsi program vaksin yang dilakukan ini adalah untuk mencapai ‘herd immunity‘ berdasarkan teori sains. Iaitu tujuannya adalah untuk mencegah wabak penyakit daripada terus menular dalam kalangan orang awam.

Foto – @zulyahya70 (Instagram)

“Ya dalam dunia sains perubatan memanglah tuduhan ini nampak bodoh, tapi dalam dunia perniagaan kapitalis, tuduhan ini adalah suatu serangan bagi mereka”, kongsinya.

Dedahnya lagi, golongan ahli sains dan doktor tidak menyedari hal yang sebenar apabila herd immunity ini dicapai 100%. Ini kerana mereka (golongan yang divaksin) dicipta untuk menjadi sasaran golongan kapitalis bagi menerima wabak baharu.

Dakwa Dunia Lanjutkan Tempoh ‘5G Installation’

Dakwa pelakon dan pendakwah bebas itu, setiap negara mengambil langkah untuk melanjutkan tempoh 5G Installation yang berlaku dari tahun 2019 sehingga ke tahun 2023 iaitu menerusi program vaksin untuk rakyat.

Foto – @zulyahya70 (Instagram)

“Cuba fikir kenapa pada 2019, China dan Amerika sibuk bergaduh nak jadi peneraju utama teknologi 5G sebelum COVID muncul? Tiba-tiba sekarang dah masuk 2021 senyap sunyi…

Tak ada cerita siapa yang menang kan?”, dedah Zul.

Malah dia juga mengatakan beberapa negara seperti China dan Amerika tidak lagi ‘berebut’ untuk menjadi negara pertama peneraju utama teknologi 5G sebelum wabak COVID-19 menular.

Foto – My News Hub

Tambahnya negara-negara tersebut mahu melihat negara manakah yang memiliki jumlah kematian yang tinggi disebabkan oleh COVID-19. Dia juga berkata negara yang memiliki jumlah kematian yang tinggi bakal meneraju teknologi 5G supaya perniagaan vaksin tetap berjalan.

Sumber: Murai