Entiti menyerupai ibu, gadis kongsi kisah seram diganggu mahkluk halus

Entiti menyerupai ibu, gadis kongsi kisah seram diganggu mahkluk halus

 

Apabila bercakap soal hantu atau entiti misteri, biasanya mereka akan muncul dengan rupa yang sangat hodoh serta menyeramkan. Ini sekali gus membuatkan manusia yang terbuka hijabnya bakal menjadi ketakutan sampaikan boleh mengalami demam terkejut. Namun pernahkah anda terbayang jika makhluk halus tersebut menjelma dan menyerupai figura manusia biasa?

Bila saya bangun, nampak mak tengah duduk kat ruang tamu pakai baju kelawar

Kedengaran mustahil tapi benar-benar berlaku, kisah yang dikongsikan oleh Cik Tiya Kamal ini mungkin juga pernah dialami anda semua. Suatu hari, ibunya yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja telah menelefon dan berpesan agar Tiya memasak nasi di rumah. Selepas 10 minit, gadis ini hairan kerana wanita berkenaan tiba-tiba sudah berada di ruang tamu tanpa sebarang kata.

Entiti Menyerupai Ibu Tenung Masa Masak Nasi, Seriau Sekali Mak Sebenar Telefon 2
Gambar sekadar hiasan

Masa buka pintu benda tu tanya saya..Dia berdiri lepas tu cakap “Dah tahu ke?”

Tiya yang masih belum memasak nasi langsung bergegas ke dapur sebelum ibunya datang berdiri di sebelah dengan pandangan mencurigakan. Tidak lama kemudian, telefon berdering semula dan alangkah terkejutnya gadis ini apabila mendapati emak yang sebenar minta turun ke bawah untuk mengangkat barang. Ketika itulah Tiya baru tersedar bahawa perempuan yang sedang berada dalam rumah itu adalah jelmaan ‘benda’ lain.

@tiyakamal2

Menyerupai is a big no for me #foryoupage #fyp #tiktok

♬ original sound – LuckyBoy – LuckyBoy

Aku pun pernah kena, dia jadi member aku masuk tandas tak keluar-keluar

Melalui ruangan komen, netizen juga merasa takut dan seram mendengar kisah Tiya. Tidak ketinggalan, ramai yang menyifatkan gadis ini begitu berani selain berkongsikan pengalaman serupa dialami mereka.

Entiti Menyerupai Ibu Tenung Masa Masak Nasi, Seriau Sekali Mak Sebenar Telefon 3

Entiti Menyerupai Ibu Tenung Masa Masak Nasi, Seriau Sekali Mak Sebenar Telefon 4

Entiti Menyerupai Ibu Tenung Masa Masak Nasi, Seriau Sekali Mak Sebenar Telefon 5