Enggan susahkan anak-anak, Diana Danielle rancang mahu tinggal di rumah warga emas apabila tua

Enggan susahkan anak-anak, Diana Danielle rancang mahu tinggal di rumah warga emas apabila tua

 

Pelakon terkenal, Diana Danielle enggan susahkan anak-anak apabila tua nanti dan sudah merancang mahu tinggal di rumah warga emas.

Menerusi kenyataan yang dibuat Diana di Girl Math Podcast, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 32 memaklumkan yang dia membuat keputusan tersebut supaya anak-anak tidak rasa terbeban apabila dia mulai uzur nanti.

“Andai kata saya sakit, saya tak nak susahkan anak-anak saya. Saya pun tak mahu mereka risaukan saya.

“Saya ada jumpa rumah perlindungan orang tua yang bagus, jadi saya tak keseorangan apabila tua. “Dari dulu saya tak suka bergantung kepada sesiapa, sebab itu saya ada perancangan tersebut,” katanya.

@girlmathpodcastmy

From Career to Retirement: She’s planned it all! Join us tonight as @DianaDanielle™ shares her meticulously planned retirement vision, including living in a cozy retirement home in Seremban? Don’t miss this heartwarming and inspiring episode! Join @JuliafarhanamarinJFM & @Sanjna Suri (Sanju) 🇲🇾 TONIGHT; FRIDAY 12th July 2024 8PM on youtube, spotify and apple podcast as they discuss the topic of MARRIAGE- How do we win at home & at work & Can we create beauty Supported by @Melixir @Clinique (use code ‘GIRLMATH20’ for 20% on clinique.com.my) #palmgardenputrajaya #girlmathpodcast #gmp #marriage #CareersWithoutCompromise #BreakingBias #retirementplan #DianaDanielle

♬ original sound – Girl Math Podcast – Girl Math Podcast

Ujarnya, dia enggan terlalu memeningkan kepala dengan masalah anak-anak nanti dan hanya inginkan ketenangan tanpa sebarang masalah apabila sudah tua.

“Saya tak nak peningkan kepala saya dengar masalah anak-anak. “Saya nak hidup dengan orang-orang yang sebaya dengan saya, saya boleh karaoke, main catur atau berborak dengan mereka,” jelasnya.

Walau bagaimanapun, perancangan tersebut masih lagi dipertimbangkan memandangkan anak sulungnya, Muhammad, 11 sudah berjanji mahu menjaganya apabila dewasa kelak.

Tambahnya, dia percaya bahawa dapat tinggal sebumbung dengan Muhammad kerana hubungan mereka seperti seorang rakan baik.

“Saya pernah berborak secara serius dengan Muhammad, dan beritahu yang saya nak tinggal dengan dia bila dah tua nanti.

“Dan dia janji yang dia akan jaga saya dari segi kewangan dan sebagainya. Kami dah macam kawan baik, dan boleh tinggal sama-sama.

“Saya lihat ada setengah ibu dan anak tiada hubungan yang baik membuatkan mereka susah tinggal bersama,” ujarnya.

Sekadar info, Diana yang berkahwin dengan aktor hebat, Farid Kamil pada 2012 turut mempunyai seorang lagi cahaya mata perempuan iaitu u Nur Aurora, 9.

Walaupun sebelum ini rumah tangga mereka sempat berhadapan dengan badai apabila berpisah talak satu pada 10 Ogos 2023, namun hubungan mereka kembali jernih apabila rujuk kembali di penghujung bulan Ogos tahun yang sama ketika masih di dalam tempoh idah.

Ketika ini, kehidupan mereka sekeluarga cukup harmoni dengan masing-masing kembali sweet seperti sebelum menghadapi masalah tersebut.