Empat rakan buat perjumpaan rahsia di pam minyak, PA Tangmo Nida dijadikan kambing hitam?

Empat rakan buat perjumpaan rahsia di pam minyak, PA Tangmo Nida dijadikan kambing hitam?

 

Hampir 12 hari siasatan polis giat dijalankan bagi merungkai misteri pemergian Tangmo Nida, ternyata salah satu halangan besarnya adalah apabila 5 orang suspek memberikan penjelasan yang bercanggah sesama sendiri.

Bagaimanapun pada semalam, salah seorang daripada mereka (belum didedahkan siapa) dipercayai nekad membuat pendedahan sebenar selama 4 jam.

4 orang daripada 5 ‘kawan’ buat perjumpaan rahsia di pam minyak jam 2 pagi tanpa Kratik

Bukan sekadar 5 orang, rupanya ada lagi beberapa individu lain dipercayai terlibat sama dalam menutup kebenaran mengenai pemergian Tangmo.

Melalui rakaman CCTV di sebuah pam minyak, mereka semua bukanlah pulang ke rumah seperti yang diberitahu sebelum ini. Sebaliknya dilihat melakukan perjumpaam rahsia selama lebih kurang 30 minit.

3 daripada 4 kereta terbabit adalah jenis MPV mewah, namun kelibat Kratik yang tiada di sana menimbulkan persoalan adakah selama ini dia cuma dikambing hitamkan?

“Ada lelaki berbaju kelabu keluar dari kereta Toyota Yaris. Mereka mula menghampiri kereta Alphard & mula berbincang sesama sendiri. Ada juga yang sangat sibuk bercakap di telefon. Dipercayai ada ‘seseorang’ arahkan untuk padam semua info penting”

4 Rakan Buat Meeting Rahsia Di Pam Minyak, PA Tangmo Dijadikan Kambing Hitam? 3

Lepas ada yang buat pengakuan, polis kerah tenaga penyelam & temui bukti baru

Oleh kerana sudah ada ‘seseorang’ yang membuat pengakuan penuh, pihak polis bergegas memanggil semula mereka yang terlibat selain membuat pencarian lebih terperinci di Sungai Chao Phraya.

Hasilnya, kumpulan penyelam menjumpai sebungkus plastik dipercayai berisi botol wine, gelas dan juga beberapa objek lain. Selain itu, pasir di dasar sungai terbabit juga dikutip untuk tujuan analisis adalah ia sama jenis dengan pasir yang memenuhi paru-paru mendiang.

@utexganu

♬ อย่างน้อยเราเคยรักกัน – AnAn (อันอัน)

Kratik sedang dalam keadaan tertekan

Sementara itu, Kratik yang dikatakan telah disoal siasat semula sejak semalam selama 7 jam berturut-turut kelihatan sangat lesu dan tertekan dengan situasi terkini.

Masyarakat yang masih menantikan pengakhiran insiden menyayat hati ini pula masih terus datang ke jeti sungai membawa bunga tanda meratapi pemergian Nida Patcharaveerapong.