Empat penjawat awam antara ditahan curi barang kemas

Empat penjawat awam antara ditahan curi barang kemas

 

Enam lelaki termasuk empat penjawat awam ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan barang kemas bernilai RM14,200, di di rumah kongsi sekitar Pantai Remis, 29 Oktober lalu.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, penahanan itu susulan aduan dibuat seorang lelaki warga Myanmar di Balai Polis Pantai Remis, Sabtu lalu.

“Lelaki berusia 34 tahun dan bekerja sebagai buruh binaan itu memaklumkan terdapat empat penjawat awam ke rumah kongsi berkenaan dan membuat penggeledahan.

“Lelaki berkenaan kemudiannya menyedari barang kemas milik rakan wanitanya yang turut tinggal di rumah kongsi itu lesap,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Yusri berkata, susulan itu, polis menahan enam lelaki, iaitu enam penjawat awam yang ditahan di tempat kerja mereka, manakala dua lagi lelaki ditangkap sekitar Manjung.

“Dua suspek berkenaan ditahan kerana yang disyaki terbabit dalam kejadian itu.

“Kesemua suspek direman sehingga 3 November,” katanya.

Mohd Yusri berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi memandangkan kes itu masih disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.