Elyana gembira terima kunjungan istimewa Ebit Lew

Elyana gembira terima kunjungan istimewa Ebit Lew

 

Siapa sangka wanita berhati cekal ini menerima kehadiran pendakwah terkenal di kediamannya, pelakon drama ‘Dunia Baru’ ini memuatnaik perkongsiannya di Instagram semalam dengan meluahkan rasa gembira atas kunjungan tersebut.

Elyana Dan Keluarga Gembira Terima Kunjungan Istimewa Ebit Lew

Penyanyi dan pelakon Elyana Emrizal mengatakan dirinya sekeluarga berasa sangat gembira dengan kunjungan ustaz Ebit Lew di rumahnya semalam. Menurut Elyana, kehadiran pendakwah tersebut secara tidak langsung menyuntik semangat serta aura positif kepadanya.

Bukan itu saja, Elyana juga berkongsikan dirinya juga mendapat banyak ilmu dari apa yang disampaikan oleh ustaz Ebit Lew malam sewaktu kunjungan pendakwah tersebut malam semalam.

Foto – Instagram @elyanaofficial1

“Alhamdulillah.. Rezeki saya dan keluarga malam ni dapat kunjungan istimewa dari ustaz @ebitlew. Kunjungan ustaz ini menambahkan semangat dan aura positif kepada saya. Banyak ilmu yang saya dapat malam ni.

Terima kasih ustaz @ebitlew kerana sudi menziarahi saya.. Semoga ustaz dan keluarga selalu dalam lindungan Allah SWT, diberikan kesihatan yang baik, umur yang panjang dan bahagia di dunia dan akhirat.

“Mendengar kesusahan ujian orang lain, membuatkan kita lebih bersyukur” Tulis Elyana, seperti dipetik Murai hari ini.

Foto – Instagram @elyanaofficial1

“Amin Ya Rabbalalamin… Saya terlampau gembira sangat ustaz ziarah semalam. Alhamdulillah.” Luahnya

Ebit Lew Kagum Lihat Kekuatan Elyana Dan Keluarganya Hadapi Ujian

Setelah menziarahi Elyana, ustaz Ebit Lew mengatakan dirinya sebak dan kagum melihat kekuatan Elyana dan keluarganya mengharungi ujian.

Pendakwah ini berkongsi serba sedikit perbualannya bersama Elyana sewaktu ziarah malam semalam, menurut Ebit Lew, Elyana mengatakan dirinya sangat bersyukur memiliki suami yang dapat mengharungi susah senang bersama dan merasakan bersyukur adalah ubat mujarab buatnya.

Foto – Instagram @ebitlew

“Sebak rasa ziarah @elyanaofficial1 suami dan anak-anak. Beliau ceria dan senyum walau kanser yang dilaluinya berat. Subhanallah. MasyaAllah betapa kekuatan dan kebaikan Elyana dan keluarga. Suaminya seorang yang baik dan kuat.

Katanya syukur mendapat suami baik yang sudi menemannya dalam keadaan senang dan susah. Katanya setelah melaluinya “Ini semua ustaz. Saya rasa bahagia dan menikmati ujian ini. Rupanya syukur ubat paling mujarab. Terima kasih Allah.” Tulis Ebit Lew

Menurut ustaz Ebit Lew lagi, Elyana dan suaminya mengatakan mereka berdua mengucapkan terima terima kasih kerana menziarahi dan memberi doa serta semangat.

Ebit Lew turut mengatakan ujian yang dihadapi penyanyi tersebut secara tidak langsung memberi kekuatan buat pesakit kanser yang lain untuk mengharungi ujian

“Ulang kali beliau dan suami ucap terima kasih. Syukur dapat doa dan semangat dari ustaz. Saya sentiasa ikut cara dakwah ustaz. Dengar ustaz nak sampai, terus gembira dan tak sabar nak jumpa.

Syukur pada Allah. Beliau menjadi asbab kekuatan buat ramai rakyat Malaysia yang diuji dengan kanser dan ujian hidup. InsyaAllah kita sama-sama doakan buat Elyana, Allah beri sihat sembuh padanya. Kekuatan dalam melaluinya. Semua ujian hanya kerana Allah sayang.” Tulisnya lagi

Sama-sama kita doakan kesembuhan Elyana dan mendoakan Elyana sekeluarga kuat dan cekal hadapi ujian. InsyaAllah, amin.